Tiada Lagi Roadtax & Lesen Fizikal – Kerajaan Jimat 96 Juta Setahun

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan berjimat kira-kira RM96 juta setahun dengan pendigitalan Lesen Kenderaan Motor dan lesen memandu persendirian.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata penjimatan itu akan digunakan untuk proses pendigitalan dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Beliau berkata, penjimatan itu boleh dibuat melalui pelekat yang dicetak dan lesen yang dikurangkan.

“Penjimatan itu akan digunakan secara dalaman, iaitu dengan menaik taraf aplikasi dan pendigitalan.

Beliau berkata, rakyat juga mendapat manfaat ketika memperbaharui lesen kerana tidak perlu membayar caj kepada pihak ketiga bagi penghantaran pelekat secara fizikal.
Pada masa sama, Loke berkata, Kementerian Pengangkutan juga akan meneruskan proses pendigitalan perkhidmatan JPJ yang lain, termasuk integrasi sistem Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dengan sistem JPJ, pendigitalan pendaftaran kenderaan perdagangan termasuk e-hailling, selain penguatkuasaan undang-undang dan peraturan jalan raya tanpa perlu menjalankan sekatan jalan raya.
“Fasa seterusnya pendigitalan penguatkuasaan hanya perlu kamera untuk mengesan status kenderaan.
“Sementara itu, JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi tumpuan kepada advokasi supaya rakyat menuju ke arah digitalisasi,” katanya.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

×
Scroll to Top