Bantuan BWE RM500. Bantuan kewangan ini diwujudkan bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan serta membantu kelangsungan hidup mereka menjelang tahun baharu.
Terdapat pelbagai lagi bantuan kewangan yang boleh dimohon dan dituntut oleh golongan yang memerlukan.
Bantuan Warga Emas (BWE)
Bantuan ini diberikan kepada warga emas bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam masyarakat. Kadar bantuan yang diberikan secara bulanan adalah sebanyak rm500/sebulan.
TUJUAN
Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata
Miskin Per Kapita Semasa; dan
4. Warga emas yang bukan tinggal di
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA PERMOHONAN
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Permohonan bantuan boleh dibuat oleh mereka yang berkelayakan di peringkat pejabat kebajikan masyarakat daerah, jajahan atau bahagian di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh mendapatkan maklumat lengkap di portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat – DISINI
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Bantuan Geran RM3000 Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
- Bantuan Motosikal RM10000 Mohon Sekarang
- Cara Memohon PPR Tahun 2023 Kini Dibuka
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021