Bantuan Am Persekutuan RM350. Kini pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Ia termasuklah kepada usaha berkaitan berumah tangga, keluarga, warga emas ataupun bujang.
Selaras dengan itu, terdapat satu bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan yang melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM100 sehingga RM350 kepada yang layak.
Bantuan Am Persekutuan
Untuk makluman, JKM telah menyediakan pelbagai jenis insentif dalam bentuk bantuan tunai yang diberikan kepada pemohon yang layak secara bulanan. Salah satu bantuan yang boleh dipohon ialah skim bantuan AM persekutuan (BA).
Skim bantuan kebajikan ini telah diperkenalkan pada tahun sebelumnya. Tujuan utama bantuan khas ini diteruskan pada tahun ini untuk golongan sasar adalah untuk membantu mengurangkan beban dan meneruskan kehidupan yang selesa.
KADAR BANTUAN AM
Pemohon yang layak untuk bantuan AM persekutuan akan menerima bayaran berikut:
- Bantuan Am Persekutuan ini diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti
- Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan: Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
KRITERIA KELAYAKAN
- Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
- PGK purata miskin Per Kapita Semasa
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain
CARA MOHON BANTUAN AM
- Langkah pertama, sila layari portal rasmi DISINI
- Kemudian sila ‘Daftar Permohonan Atas Talian’
- Untuk memohon, pemohon telah disediakan maklumat lengkap di laman tersebut
- Sila semak dengan teliti sebelum membuat permohonan untuk memudahkan urusan.\
- Borang permohonan boleh dimuat turun DISINI
DOKUMEN PENTING YANG DIPERLUKAN
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal sebumbung
- Salinan penyata pendapatan jika ada
- Salinan kad OKU atau slip pendaftaran sementara untuk kategori OKU.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Am Persekutuan, sila hubungi talian khas JKM di 03-8000 8000 atau datang terus ke pejabat JKM berhampiran.
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- RM300 Mula Dikreditkan Untuk Fasa 2 Bermula Hujang Bulan Februari Ini
- Bantuan Geran RM3000 Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
- Pengeluaran Kecemasan KWSP Untuk Membantu Rakyat
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021