Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Untuk Semua Isi Rumah

Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Untuk Semua Isi Rumah. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan  itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah dibawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Objektif Program Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR)

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Nota Penting bagi Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR):

  • Keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
  • Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.

Dokumen Yang Diperlukan Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR)

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.

Nota Penting Dokumen Permohonan:

  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
  • Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.
  • Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

Tanggungjawab Pemohon (Sekiranya Diluluskan)

  • Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
  • Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
  • Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
  • Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
  • Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.

Pembayaran RMR Secara Online

Anda boleh membayar pinjaman RMR melalui JOMPAY.

  1. Cari logo JomPay dan Biller Code pada surat arahan pembayaran yang diterima daripada SPNB.
  2. Terdapat 40 Bank yang berdaftar dengan JomPay. Daftar masuk ke Bank pilihan anda dan klik JomPay.
  3. Masukkan maklumat yang berdaftar dan sahkan.
  4. Cara-cara bayaran balik pembiayaan Rumah Mesra Rakyat (RMR):
    Biller Code: (Rujuk Kod Pembayaran JomPay)
    Amount (RM): Jumlah Pembayaran
    Ref-1: No Akuan RMR
    Ref-2: No Kad Pengenalan

Kod Pembayaran JOMPAY:

RMR 2002 – RMR 2019
Semenanjung / Pulau:
RM100, RM150, RM270, RM360

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Sabah & Labuan:
Pembayaran bermula dari RM150 sehingga RM360 Pembayaran boleh dilakukuan di BSN/ melalui JOMPAY.

RMR 2020 – RMR 2022
Semenanjung: RM300.00
Sabah & Labuan: Pembayaran Bulanan bermula dari RM300 sehingga RM370 Pembayaran boleh dilakukan di Bank Islam/ melalui JOMPAY.

*Kod JOMPAY mengikut negeri adalah:

  1. Selangor,KL,Putrajaya : 631085
  2. Perlis : 158394
  3. Johor : 296053
  4. Kedah, P.Pinang : 546879
  5. Melaka : 560128
  6. Sembilan : 691543
  7. Terengganu : 775239
  8. Pahang : 781252
  9. Kelantan : 783597
  10. Perak : 789446
  11. Sabah,Labuan : 106526

*Pembayaran Kod Jompay RMR adalah merujuk kepada lokasi negeri Rumah Mesra Rakyat yang telah dibina.

Untuk maklumat bil dan bayaran terdahulu, sila layari: https://rmrportal.spnbonline.com.my/

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Rumah Mesra Rakyat (RMR), anda boleh layari laman web rasmi – Disini

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

×
Scroll to Top