Permohonan RM1000 Bantuan Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2020

Permohonan RM1000 Bantuan Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2020. Sedarkah anda bahawa kerajaan negeri sarawak melalui kementerian pembangunan wanita, kanak-kanak dan kebajikan masyarakat telah memperkenalkan akaun simpanan alternatif khusus untuk anak jati sarawak iaitu Endowment Fund Sarawak (EFS).

EFS merupakan simpanan khas untuk anak kelahiran negeri sarawak yang memfokuskan untuk menyara anak kelahiran sarawak sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, memulakan kerjaya atau boleh dijadikan modal perniagaan kecil-kecilan.

Jumlah Bantuan Anak Sarawak

Jumlah bantuan yang akan diberikan khususnya kepada anak-anak sarawak ialah rm1,000 dalam bentuk simpanan.

Jika anak anda telah mencapai umur 18 tahun, anda boleh mengeluarkan wang di cawangan bank islam yang berhampiran hanya dengan membawa mykad anda.

Syarat Kelayakan Bantuan EFS

Dibawah merupakan syarat kelayakan wajib untuk bantuan EFS:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
  • Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus “K”; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.

Bagi kategori Anak Angkat:

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang mykad berstatus “K”.
  • Mempunyai sijil anak angkat yang sah.

Cara Memohon Bantuan EFS

Permohonan boleh dibuat di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (jpn) di negeri sarawak dengan membawa:

  • Borang Permohonan EFS
  • Salinan sijil kelahiran bayi
  • Salinan Mykad/Biometrik ibu atau bapa berstatus “K”.

**salinan perlu disahkan oleh pegawai JPN.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang bantuan ini, anda boleh lawati laman web https://isarawakcare.sarawak.gov.my/ atau hubungi talian KPWKK di 082-442050.

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

×
Scroll to Top