Semakan Bantuan e-Kasih 2023 Untuk Golongan B40. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Sistem e-Kasih adalah sistem pangkalan data untuk keluarga miskin dan miskin teruk yang diwujudkan di peringkat nasional untuk membantu merancang, memantau, dan juga melaksanakan program kemiskinan.
Apa itu e-Kasih?
Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.
Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), Maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.
Bantuan e-Kasih 2023 Untuk Golongan B40
Di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), isi rumah yang layak akan menerima sumbangan hingga RM3,100 bergantung pada bilangan anak.
Ini adalah sebahagian daripada intipati Belanjawan 2023 di bawah bantuan rakyat supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR.
Selain itu, Kerajaan juga akan member sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.
Sumbangan it akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.
Cara Semakan Bantuan e-Kasih
Berikut ialah cara untuk menyemak sama ada anda layak atau tidak menerima Derma Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tambahan ini:
- Layari portal rasmi e-kasih di pautan berikut: KLIK SINI
- Masukkan nombor KAD PENGENALAN
- Sila tekan Butang Cari
- Bagi yang tersenarai di bawah data e-kasih, maklumat akan dipaparkan seperti Nama, Nama KIR, Status Pendaftaran, Negeri dan Daerah.
Maklumat Lanjut
Untuk Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari lama web rasmi – DISINI
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Cara Memohon Bantuan Anak Pelihara (BAP) Sebanyak RM500 Sebulan
- Rasmi : Tarikh Bantuan Kerajaan Bulan Mac 2023
- Rasmi : Bantuan Khas RM700 Sempena Aidilfitri Kepada Semua Rakyat Malaysia
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021