Niat Berpuasa Rumi . Berikut dikongsikan panduan cara lafaz niat puasa Ramadhan (Ramadan) harian serta sebulan dalam bahasa Arab dan rumi beserta maksud. Juga dikongsikan doa berbuka puasa secara bersendiri atau beramai.
Berpuasa Ramadhan adalah salah satu Rukun Islam dan orang yang beriman diwajibkan mengerjakan tuntutan ini. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia. Bulan ini dipilih sebagai bulan untuk berpuasa dan pada bulan ini juga al-Qur’an diturunkan. Selain itu,terdapat di bulan Ramadhan ini juga Lailatul Qadar iaitu malam yang penuh kemuliaan dan keberkatan di mana suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Kehadiran bulan suci Ramadhan merupakan satu hadiah yang sangat indah buat kita, kerana padanya terdapat banyak kebaikan yang bernilai lebih serta berlipat ganda dan pintu-pintu syurga dibuka. Dan yang istimewanya terdapat padanya amalan-amalan yang tidak terdapat pada bulan lainnya seperti solat tarawih dan sebagainya.
Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan
Dari segi bahasa, ianya adalah bermaksud “menahan diri daripada melakukan sesuatu” samada perbuatan, kata-kata ataupun makanan.
Dari segi syarak pula, ianya bermaksud menahan diripada dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, dengan disertai niat.
Di antara syarat sah adalah beragama Islam, berakal, suci daripada haid dan nifas sepanjang siang hari bagi perempuan, berniat, serta menahan diri daripada segala yang membatalkan.
Lafaz Niat Puasa Ramadhan
NIAT merupakan salah satu rukun dalam ibadat ini dan hukum berniat pada bulan Ramadhan adalah wajib. Tanpa niat seseorang itu tidak dianggap berpuasa, walaupun dia menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan, seperti makan dan minum.
Bilakah niat itu patut dilakukan?
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq. Oleh itu, bolehlah dilakukan berniat pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, hatta ketika sedang menunaikan sembahyang fardhu Maghrib
Niat Puasa Ramadhan Harian (Esok Hari)
Niat yang wajib dilakukan pada tiap-tiap malam :-
Bacaan Dalam Rumi : Nawaitu Sauma Rghodin ‘An Ada-‘ie, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
Maksud: Sahaja aku berpuasa pada esok hari menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala
Niat Sebulan
Dalam mazhab Syafi’e, niat wajib diperbaharui pada setiap malam. Akan tetapi ulama mazhab Syafi’e juga menganjurkan supaya bertaqlid dengan mazhab Maliki iaitu berniat untuk sebulan penuh pada malam pertama Ramadhan sebagai langkah berjaga-jaga demi mengelakkan terlupa berniat.
KESIMPULAN : Tiada masalah untuk berniat selama sebulan, namun dalam masa yang sama hendaklah seseorang itu berniat juga pada setiap malam.
Bacaan Niat Sebulan Dalam Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala Maksud: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Mohon juga :
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021