Permohonan Bantuan Hari Raya RM400 Dibuka Sehingga Hujung Bulan Ini – Mohon Segara!

Permohonan Bantuan Hari Raya RM400 Dibuka Sehingga Hujung Bulan Ini. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan  itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Antaranya adalah bantuan melalui Bantuan i-Fitri 2023 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Bantuan Hari Raya

Bantuan i-Fitri pada asasnya merupakan bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Berdasarkan pelaksanaan bantuan ini pada tahun lalu, nilai i-Fitri adalah sebanyak RM250 hingga RM400 bergantung kepada setiap kelayakan penerima.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.;
  • Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20);
  • Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu;
  • Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan (bukan penerima Bantuan i-Fitri 2022 boleh membuat permohonan baru dalam tempoh masa yang ditetapkan);
  • Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang MEMPUNYAI TANGGUNGAN dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2,500 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap);
  • Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dan di sahkan oleh JPKK;
  • Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon;
  • Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK;
  • Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan;
  • Permohonan boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap.

Cara Memohon

Bagi permohonan baru Bantuan i-Fitri, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di sistem i-Bantuan Terenganu.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Pemohon baharu dan penerima I-fitri 2022 mesti memuat naik dokumen berikut ke sistem I-bantuan semasa memohon dan mengemas kini profil mereka:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan;
  • Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau surat akuan pendapatan pemohon dan pasangan yang disahkan.

Permohonan bantuan ini dibuka sehingga 31 Mac 2023, Jumaat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan i-Fitri, anda boleh rujuk secara teliti di Sistem i-Bantuan – DI SINI.

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

×
Scroll to Top