Terkini : Tol Rahmah Pecuma Sempena Hari Raya Aidilfitri Bermula Esok Sehingga~~. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Tol Rahmah Pecuma
PUTRAJAYA: Tol Rahmah percuma akan diberikan kepada pengguna lebuh raya bermula esok hingga Jumaat dan pada 24 April ini sempena sambutan Aidilfitri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, pemberian tol percuma itu membabitkan 33 lebuh raya utama negara.
“Kerajaan bersetuju melaksanakan tol Rahmah percuma iaitu pengecualian tol selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya,” katanya pada sidang media hari ini.
Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan dengan usaha sama pasar raya terpilih, bersetuju untuk menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang, barang asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu Rahmah pada kadar diskaun khas.
Katanya, ia antara ikhtiar bagi menghargai sumbangan pengusaha Menu Rahmah yang sama-sama menjayakan aspirasi MADANI untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
“Kerajaan cakna dan prihatin dengan kos pengeluaran yang perlu ditanggung pengusaha bagi mendapatkan bekalan bahan mentah.
“Melalui ikhtiar ini, diharapkan dapat memberi kelegaan kepada pengusaha dan seterusnya memastikan kelangsungan pelaksanaan Menu Rahmah yang memberi manfaat besar khususnya kepada rakyat yang kurang berkemampuan,” katanya.
Sumber : Berita Harian Online
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Bantuan Tambahan RM500 Akan Dikreditkan Kepada Ahli KWSP
- Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan e-Wallet RM300 Setiap Bulan
- Bantuan Ramadan RM500 Sudah Dikreditkan Secara One Off
- Permohonan Bantuan Hari Raya RM400 Dibuka Sehingga Hujung Bulan Ini – Mohon Segara!
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021