Senarai Penerima Yang Layak Bantuan Ibu Bersalin RM450 Untuk Satu Keluarga. Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai kementerian atau jabatan kerajaan mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Bantuan Ibu Bersalin
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM450.00 kepada setiap ibu yang melahirkan anak kelahiran Sarawak bagi membantu keperluan ibu seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Senarai Penerima Yang Layak
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
(iii) Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
(iv) Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.
Cara Memohon
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, anda bolhe buat permohonan BIB boleh dibuat secara manual atau online (online) seperti berikut:
- Secara Dalam Talian: Permohonan dibuat melalui aplikasi iSarawakCare yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store.
- Secara Manual: Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak atau Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak, KPWK (Kuching sahaja).
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lebih teliti dan lengkap berkenaan inisiatif ini, anda boleh layari laman web rasmi – DISINI
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2023 Kini Dibuka Seluruh Malaysia
- Permohonan Pendaftaran Baharu dan Kemas Kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Dibuka
- Permohonan RM300 Bantuan Barang Dapur Dikreditkan Setiap Bulan
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021