Permohonan Bantuan Khas KWSP RM480 Yang Akan Dikreditkan

Permohonan Bantuan Khas KWSP RM480 Yang Akan Dikreditkan. Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih adalah layak untuk insentif ini dan akan menerima sumbangan khas Kerajaan sebanyak RM40 sebulan bagi setiap caruman sebanyak RM5 atau RM480 setahun bagi caruman RM60 setahun.

Ia bertujuan untuk menggalakkan suri rumah mencarum secara sukarela di KWSP dan juga sebagai tanda penghargaan Kerajaan kepada sumbangan suri rumah dalam pembangunan negara.

Bantuan Khas e-Kasih KWSP

Antara faedah lain Kasih Suri Keluarga Malaysia adalah:

  1. Mencarum pada apa-apa amaun, pada bila-bila masa mengikut kemampuan kewangan
  2. Boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang ditetapkan
  3. Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan mereka
  4. Bantuan hilang upaya tertakluk kepada tema dan syarat
  5. Bantuan Kematian: RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)

Kasih Suri Keluarga Malaysia bertujuan untuk memastikan golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) mempunyai simpanan persaraan untuk kesejahteraan hidup mereka di hari tua mereka.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ketua Isi Rumah Wanita
  • Suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat November 2021
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5/sebulan atau RM60/setahun ke dalam akaun KWSP
  • Ahli KWSP
  • Telah membuat pilihan Kasih Suri Keluarga Malaysia
    1. Menghantar borang KWSP 16G(M)
  • Peringatan Penting:Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif i-Saraan, anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi Kasih Suri Keluarga Malaysia. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.

Cara Memohon

  • Untuk mendaftar Kasih Suri Keluarga Malaysia:
    1. Isikan borang Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP 16G(M)
    2. Buat pendaftaran di Kaunter KWSP
  • Pembayaran boleh disalurkan melalui:
    1. Perbankan internet melalui Maybank, RHB Bank, Public Bank, Bank Muamalat, Alliance Bank, Hong Leong Bank, Bank Islam, CIMB Bank dan MBSB Bank
    2. Kaunter ejen bank (tunai / cek) melalui BSN, Maybank, Public Bank, RHB Bank
    3. Ejen bank berdaftar BSN
    4. Di mana-mana kaunter pembayaran KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar menggunakan Borang KWSP 6A (2)
  • Tiada had tempoh permohonan
  • Dokumen yang diperlukan:-
    1. MyKad
    2. Borang Kasih Suri Keluarga Malaysia – KWSP 16G(M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
    3. Borang Kasih Suri Keluarga Malaysia – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
    4. Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkara diatas, anda boleh layari laman web rasmi – DISINI

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

×
Scroll to Top