Semak Syarat Kelayakan Bantuan Kewangan BWE 2023. Nasib golongan warga emas terus dibela. Menerusi Belanjawan 2023, Kerajaan terus prihatin dengan meneruskan bantuan ini sekaligus memastikan bahawa kebajikan warga emas terus disejahterakan, terutama sekali mereka yang betul-betul memerlukan.
BWE adalah sebuah bantuan tunai yang menyasarkan warga emas miskin tegar (warganegara) yang berkelayakan dalam usaha memastikan kelangsungan & kesejahteraan hidup mereka.
Bantuan Warga Emas
Bantuan Warga Emas (BWE) bertujuan untuk membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Kadar bayaran BWE: RM500 sebulan seorang.
Syarat Kelayakan
- Warganegara yang bermastautin di Malaysia
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma
- Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan
Cara Memohon
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
- Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada); dan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
- Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Syarat Kelayakan Penerima Bantuan AM Kerajaan RM350
- Terkini : Pengeluaran Bersyarat KWSP (FSA2) Dibuka Mulai 7 April 2023
- Skim Takaful PERCUMA Untuk Golongan B40? Inilah Inisiatif Skim mySalam!
- Bantuan Bakul Makanan RM600 Untuk Golongan Berpendapatan Rendah
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021