Bantuan Ibu Bersalin RM 450 – Semak Kelayakan Disini . Bantuan Kelahiran (BIB) merupakan inisiatif kerajaan negeri Sarawak yang mengagihkan wang tunai RM450 kepada setiap ibu berstatus ‘K’ atau isteri pemegang kad berstatus ‘K’ bagi membantu ibu-ibu dengan keperluan selepas bersalin. Mulai tahun 2020, penjagaa diri semasa tempoh berpantang, seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri, tanpa mengira bangsa, agama atau status sosioekonomi.
Mohon Juga :
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021
Syarat Permohonan
- Rakyat Malaysia
- Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus “K” atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus “K” (Sarawak Connection);
- Bayi dilahirkan di dalam atau di luar Sarawak; dan
- Anda boleh memohon dalam tempoh 22 minggu kehamilan dan dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin.
Dokumen-Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan/pasport ibu;
- Salinan kad pengenalan/pasport pasangan atau penjaga;
- Sekiranya pemohon tidak berstatus “K”, salinan sijil nikah diperlukan;
- Salinan buku rekod kesihatan ibu;
- Salinan penyata akaun bank terkini; dan
- Salinan sijil keluar hospital atau sijil kelahiran bayi, atau surat daripada doktor anda yang mengesahkan bahawa anda hamil 22 minggu atau lebih.
Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin RM450
Bantuan Kelahiran (BIB) boleh dipohon melalui:
(i) Permohonan iSarawakCare Dalam Talian (Online)
- Muat turun aplikasi di Google Play Store dan Apple App Store
- Maklumat lanjut: https://isarawakcare.sarawak.gov.my
(ii) Brosur manual dari mana-mana jabatan/pejabat kebajikan masyarakat daerah, pejabat daerah, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak atau Pejabat Sokongan Kesuburan MASJA II (Kuching sahaja).
Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan berikut: http://bit.ly/borangbib2023
Borang Permohonan BIB Ver.1 2023
Peringatan :
- Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang telah melahirkan anak sejak tahun 2020;
- Permohonan ini hanya sah selama enam (6) bulan dari tarikh permohonan anda. Jika dokumentasi lengkap tidak diterima dalam tarikh akhir ini, permohonan akan ditolak secara automatik dan tiada pemberitahuan akan dihantar; dan
- Permohonan dengan dokumentasi yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Maklumat lanjut
Untuk menyemak status bantuan ibu bersalin, sila hubungi melalui e-mel: [email protected] atau pertanyaan dalam aplikasi iSarawakCare
Mohon Juga :
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021