Pemberian Kredit E-Tunai RM100 Untuk Golongan B40 & M40 – Semak Sekarang

Pemberian Kredit E-Tunai RM100 Untuk Golongan B40 & M40. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan  itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

E-Tunai RM100

Baru-baru ini pada sidang Majlis Peluncuran Ekonomi Madani : Memperkasa rakyat, Menteri Kewangan telah memperkenalkan satu lagi inisiatif baru. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa pemberian bantuan istimewa kredit e-tunai RM100 akan diagihkan kepada rakyat Malaysia.

Jangan keliru, kredit e-tunai sebelum ini bernilai RM200 ditawarkan kepada golongan mahasiswa menerusi e-belia rahmah. Inisiatif e-tunai RM100 ini ditawarkan kepada kategori dewasa berumur 21 tahun keatas dan mempunyai pendapatan dibawah RM100,000 setahun.

Dengan adanya insentif tambahan RM100 ini, ramai yang akan dapat manfaat kerana purata rakyat Malaysia berada dalam kelompok kategori B40 dan M40. Tidak sama seperti tahun sebelum, bantuan e-dompet hanya diberikan pada golongan mahsiswa, tahun ini golongan dewasa juga akan menerimanya dengan kadar RM100.

Kelayakan E-Tunai RM100

Berikut adalah syarat kelayakan asas yang telah dimaklumkan oleh kerajaan bagi tebus bantuan RM100 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Golongan dewasa (21 tahun keatas)
  • Pendapatan RM100,000 ke bawah (Setahun)
  • Kategori B40 & M40

Tarikh Penebusan Bantuan e-Tunai RM100

Kredit e-Tunai RM100 akan dilakukan pada suku keempat tahun ini – Kementerian Kewangan

Apakah maksud suku keempat?

Suku tahunan meruapakan kuartal suku (seperempat) tahun iaitu jangka waktu tiga bulan:

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  • Suku Pertama – Januari hingga Mac
  • Suku Kedua – April hingga Jun
  • Suku Ketiga – Julai hingga September
  • Suku Keempat – Oktober hingga Disember

Maka dengan itu, berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan mengenai pelaksanaan program ini pada suku keempat, kita sudah boleh jangka bayaran akan dibuat antara bulan Oktober hingga Disember

Info akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Perbezaan Bantuan E-tunai 2023

Pada tahun ini terdapat 2 jenis inisiatif bantuan e-tunai telah diperkenalkan bagi membantu rakyat yang terjejas. Antara perbezaan bagi dua kategori ini adalah seperti di bawah.

Bantuan eBeliaRahmah diberikan kepada mahasiswa dan belia berumur 18 – 20 tahun. Kadar bantuan adalah berjumlah RM200 dan tarikh perlaksanaan ialah Jun hingga Ogos 2023.

Bantuan e-tunai RM100 diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 21 keatas dan pendapatan RM100,000. Kadar batuan adalah sebanyak RM100 dan tarikh perlaksanaan ialah pada suku keempat tahun ini (Oktober, November atau Disember).

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

×
Scroll to Top