MySARA : Bayaran RM100 Dikreditkan Dalam MyKad Setiap Bulan. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
RM100 Mykad Setiap Bulan
Seperti sedia maklum, program bantuan tambahan sumbangan rahmah asas telah diperkenalkan kerajaan pada sesi bajet 2023. Inisiatif khas ini diberikan kepada penerima bantuan tunai str yang terjejas.
Program bantuan ini merupakan insentif dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas berjumlah rm600. Insentif ini diberikan secara automatik dengan cara mengkreditkan rm100 ke dalam mykad setiap bulan bermula julai hingga disember ini.
Dengan bantuan khas ini, mereka yang kurang berkemampuan boleh menerima dan menggunakan faedah yang disediakan. Mereka boleh membelanjakan sejumlah rm100 di mana-mana pasar raya dan kedai runcit berdaftar bagi tujuan membeli keperluan asas.
Kadar Bayaran Dinaikkan
Berita baik buat mereka yang terlibat, kerajaan bersetuju menaikkan kadar bayaran bantuan sumbangan asas rahmah pada 2024. Jumlah baharu bantuan itu ialah rm1,200 dan akan dikreditkan mulai januari hingga disember tahun depan pada kadar rm100 sebulan.
Kelayakan Kriteria
- Warganegara Malaysia sahaja
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Golongon terjejas (Miskin tegar)
- Tersenarai dalam data maklumat ekasih
Semakan Status
Untuk pengetahuan umum, pemberian bantuan khas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini tidak perlu mohon kerana ia diberikan secara automatik. Kepada yang terima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini.
Untuk semakan secara online, sila layari laman rasmi MyKasih SARA – DI SINI dan jika berkelayakan, maklumat anda akan dipaparkan memaklumkan anda layak.
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Senarai Penuh Penerima Bantuan e-Wallet RM100
- Kalander Tahunan 2024 : Tarikh Cuti Panjang Dari Bulan 11 2023 Hingga Hujung Tahun 2024
- STR Fasa 4 : Status Semakan Rayuan & Pembayaran
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021