6 orang terpaksa pegang asif, pelakon YouTube takut jarum terima vaksin bikin riuh.

Program vaksinasi yang sedang dijalankan ketika ini memang menghadirkan pelbagai ragam manusia dalam menerima suntikan vaksin.Ada sahaja video-video kelakar lalu di media sosial kita mengenai tindakan-tindakan spontan individu yang bakal divaksin. Ada yang datang memakai pakaian-pakaian menarik, kostum dan banyak lagi.

Geng2 takut jarum

Paling banyak sudah tentu video dari ‘geng-geng’ takut jarum yang terlihat kelakar oleh orang yang menonton. Jadi, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @azroyhisham, dia telah memuat naik video Asif Suhaimi yang terkenal dengan Drama Spontan di YouTube Syahmi Sazli.

Lama nak kena pujuk

Dalam perkongsian influencer terkenal, Syahmi Sazli di Instagramnya, dia memaklumkan yang hampir 2 jam juga perlu memujuk Asif untuk menerima vaksin.

Jadi, dia sangat berterima kasih kepada frontliner yang tabah dan sabar menjalankan tugas menghadapi golongan insan kelainan upaya (OKU) serta geng-geng takut jarum seperti Asif.

Namun begitu, urusan vaksinasi berjalan lancar dan pelakon YouTube itu kembali ceria seusai divaksin.

Mesti orang terpinga2 kenapa riuh kemain

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui terhibur dengan sikap Asif yang panik apabila jarum suntikan sedang menghampiri lengannya.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Mereka juga turut berharap agar video ini menjadi contoh kepada sesiapa sahaja yang belum mendaftar untuk program vaksinasi segera berbuat demikian kerana Asif yang takut jarum pun berani menerima suntikan walaupun perlu ditenangkan terlebih dahulu.

Mula2 ingat sakit, part last tu, aduh lawak!

Dia OKU, spesial sangat hahaha

Geram tengok muka dia lepas dah vaksin

Macam nak sembelih lembu hahaah

Sumber: TikTok @azroyhisyam, Instagram  Syahmi Sazli

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×