6 Petua Menghilangkan Buasir Yang Mujarab. Nombor 4 Paling Penting!

6 Petua Menghilangkan Buasir Yang Mujarab. Nombor 4 Paling Penting! | “Saya malu nak bagitahu…. saya ada buasir…” Situasi ini sering terjadi apabila seseorang terkena buasir! Mana tidaknya buasir terjadi pada anggota badan yang privasi. Jika hendak ditunjukkan kepada doktor pun terpaksalah tebalkan muka. Namun jika difikirkan menanggung sakit buasir, abaikan sajalah.

6 Petua Menghilangkan Buasir Yang Mujarab

BUASIR? MACAM MANA BOLEH TERKENA

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Mesti anda tercari-cari cara untuk sembuhkan atau kecutkan buasir bukan? Jadi Digitalmukmin.com akan kongsikan kepada anda :

6 Petua Menghilangkan Buasir Yang Mujarab

1. UBAH CORAK PEMAKANAN

Paling penting jika anda terkena buasir adalah dengan mengubah corak pemakanan anda. Anda perlu ambil makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran setiap hari. Lembut dengan kandungan air yang banyak, anda tidak akan alami lagi masalah najis keras sehingga menyebabkan sembelit.

2. MINUM AIR KOSONG DENGAN KERAP

Cairan dalam badan membantu mengelakkan masalah sembelit.

3. JANGAN BERDIRI ATAU DUDUK TERLALU LAMA

Ini kerana ia akan memberikan tekanan pada bahagian perut dan juga salur darah. Jika anda berdiri atau duduk terlalu lama, anda perlulah rehatkan diri supaya otot perut anda juga dapat berehat. Jangan lupa lakukan senanam yang boleh meregangkan otot badan.

4. JANGAN MENERAN DENGAN KUAT

Anda perlu elakkan daripada meneran dengan kuat kerana ia memberi tekanan pada saluran venus di kawasan dubur. Tekanan yang kuat menyebabkan ia bengkak dengan cepat.

5. JANGAN TAHAN BERAK

Jika terasa ada keinginan untuk membuang air besar, jangan tahan atau melengah-lengahkannya. Najis akan jadi kering dalam dubur dan susah untuk dikeluarkan.

6. JANGAN LENGAH MENDAPATKAN RAWATAN

Jika anda mendapat buasir anda menjadi semakin teruk, anda perlu cepat – cepat mendapatkan rawatan kerana buasir boleh menyebabkan berlakunya komplikasi seperti lemah anggota badan dan tisu mati.

Semoga dengan petua – petua yang diberikan ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah buasir anda.

Published
Categorized as Petua

By Adam

Adam mempunyai disiplin tinggi dalam penulisan. Setiap berita dan artikel ditulis dengan penuh teliti dan fakta. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Adam di [email protected]

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.