in

Pelancong Singapura Cedera Jambatan Runtuh di Batam

BATAM – Sebanyak 26 rakyat Singapura tercedera selepas jambatan kayu yang dilalui oleh mereka runtuh di Montigo Resorts dekat pulau Batam, Indonesia.


Semasa kejadian, semua mangsa adalah kakitangan kumpulan bantu diri (self-help), Yayasan Mendaki sedang bercuti untuk membincangkan perancangan kerja bagi tahun akan datang.

Menurut jurucakap polis Riau, Erlangga, pelancong sedang mengambil gambar di jambatan kayu sepanjang 70 meter di pusat peranginan tersebut sebelum bahagian tengah jambatan tersebut tiba-tiba runtuh, mengakibatkan lebih 30 orang terjatuh ke dalam laut.

Sementara itu, Montigo Resorts dalam satu kenyataan menyatakan, insiden berlaku disebabkan lebihan kapasiti.

“Kemalangan berlaku kerana lebih daripada 30 orang berada di tengah-tengah jambatan di mana jeti tersebut sebenarnya hanya laluan sementara.

“Buat masa ini, tanda amaran telah diletakkan berhampiran zon kemalangan. Ia akan dibaiki untuk memastikan jambatan lebih kukuh untuk keselamatan tetamu,” katanya.

Difahamkan, jambatan kayu itu diselenggara tahun ini dan menjalani pemeriksaan rutin secara teratur. – Agensi

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenyataan MB Perak Mengenai DAP Sekadar Pandangan Peribadi

Itulah Hakikat Politik di Perak – Zahid Hamidi