Assalamualaikum, hi semua pembaca Fs, salam kenal, saya Irah (bukan nama sebenar) nak kongsikan cerita yang tak berapa seram bagi korang. Tapi seram bagi aku. Izinkan saya menggunakan perkataan “aku”, sebab lebih selesa.
Kisah ni dimulai waktu aku menduduki peperiksaan SPM kira macam cuak sikit yalahkan, waktu tu umur dh 18 tapi still jadi budak Spm, haaha. Disebabkan wabak covid-19 ni lah, yang merumitkan kami para pelajar Spm menyelesaikannya. Diharapkan wabak covid-19 ni cepat berakhir dan dunia akan sembuh. Ameen. Maaf jika terlebih melalut.
Disebabkan kami nie semua calon spm. Jadi kami diwajibkan untuk tinggal diasrama. Walaupun pelajar lain ada juga yang tidak tinggal dekat asrama…so kira hanya sebilangan sahaja pelajar yang tinggal dekat asrama tu dan secara kebetulan pula aku ni dapat stay dekat dorm 4, dekat dengan tangga..so kira boleh lah melepak dekat situ di malam hari”…
Masa mula-mula tinggal tu tak lah ada benda-benda pelik berlaku. Roommate aku ni semuanya 9 orang, sedangkan katil masih banyak yang kosong. Kira seramlah jugak dalam banyak-banyak dorm tu hanya dorm kami yang kekurangan ahli. Dorm lain semuanya penuh, dua orang kawan aku ni Etah dan Indut (bukan nama sebenar) suka sangat main benda” pelik bila malam, dah laju jugak kitorang tegur tapi mereka berdua cuma pekakkan telinga ja….
Banyaklah juga khabar yang aku dengar tentang kisah asrama ni dan secara kebetulan dorm yang aku tempati ni mereka kata agak keras. Sebab ada pernah kejadian b***h d***..tak tahulah sebab apa. Secara kebetulan pula dua rommate aku ni memutuskan untuk keluar asrama. Disebabkan mereka tidak tahan dengan suasana dekat asrama dan dorm kami, menghadap jugaklah mereka tengkingan warden kami. Tak lama lepas tu masuk pula 3org pelajar baru..cha, Glenn dan gynn..mereka boleh dikatakan kawan baik tapi tak lah rapat cuma si gynn nie je yang pernah jadi kawan rapat aku..
Minggu pertama tu semuanya baik” jaa tak ada apa yang berlaku, tapi lama kelaman kami mulai perasaan perubahan pada gynn. Awalnya dia orang yang ceria, tapi sejak beberapa hari dia mulai berubah. Mukanya pucat lesi, suka bercakap dan tertawa sendiri dan suka keluar merayap senyap”..entah kemana agaknya dia pergi, ada juga kawan aku cakap” yang dia nie gaduh dengan teman lelakinya..hmm hampeh. Disebabkan stressnya itu dia cuba mengambil ubat”an yang aku pun tak tahu apa. Ada jugak kawan aku yang kata dia mengambil ubat” penenang dan gynn sering berhalusinasi…
Makin hari makin ketara perubahan pada gyn. Semua org menjauhi dia, kerana sikapnya pelik. Ada satu masa ni aku baru balik dari surau, bukan buat apa” cuma datang dekat sana saja ja nak cas handphone. Harap warden tak tahu dan tak marah. Ya lah kan aku non muslim mana bloeh stay dekat surau apa lagi semata” nak cas handphone jerr. Tapi nak buat macam mana, semua soket ada dekat bilik belajar dan ahli dari dorm lain dh ambil ahli untuk mencas…
Masa tu balik dkt dorm selepas cas handphone. Aku memutuskan untuk sambung belajar dekat bilik belajar dengan kawan” aku yang lain. Aku pun apalagi masuklah dekat dorm aku itu, pintu dorm tertutup memandangkan takda sorang pun dekat dalam. Yahlah kan jam” begini siapa yang nak stay dekat dorm. Silap hari bulan mendapat makian dari ketua dorm…aku pun apalgi langsung masuk dalam dorm aku. Wahai gelap kali walapun hari masih siang..seram sejuk aku rasa, tak biasanya. Seorang pun takda dalam tu..
Tapi sewaktu aku melintas dekat katil glenn, aku perasaan ada sosok orang sedang berbaring dekat katil Glenn. Yang aku lihat si gynn ni. Aku pun pelik, kenapa ada gynn dalam tu sedangkan waktu” sebegini semua orang akan berada di blik belajar memandangkan kami ada ujian simulasi. Jadi masing” menyiapkan diri, tapi aku biarkan ja. Aku terus menerpa dekat almari untuk mengambil buku dan beberapa bekal makanan. Yang aku merasa pelik dengan si gynn ni. kaki bukan main putih melepak, tapi putihnya itu lain seperti tak berdarah, .pucat lesi..Tapi aku abaikan ja..
Disebabkan aku taw yang gynn nie sedang sakit, seusai mengambil semua yang aku perlukan, aku pun apa lagi langsung cabut ke bilik belajar. Masih aku takda kecurigaan apa”…waktu aku sampai dekat bilik belajar, melopong mulut aku nampak gynn dekat bilik belajar tu. Mustahil kot dia ada dekat sana habis tu yang berbaring dekat katil Glenn siapa??!..aku pun meremang satu badan…
Aku tanya lah dkt gynn tapi gynn kata dia sedari tadi memasing dekat bilik belajar tu, kawan aku yang lain pun mengiyakan. Aku bergegas kembali ke dorm rasa ingin tahu lebih dari rasa takut. Sesampai aku dekat dorm, memang katil Glenn dalam keadaan kosong. Habis tu yg tadi aku lihat itu siapa?!..aku tertanya”…yang jelas aku memang nampak gynn disana, tapi aku abaikan seja mungkin aku hnya berhalusinasi.
KISAH KEDUA_
Kisah kedua ni masa aku baru siap mandi, aku tinggalkan seja kawan” aku yang lain dan mendahului mereka naik kedorm. Aku memang agak malas menunggu, banyak dorm dalam keadaan kosong..biasanya waktu” senja begini semua pelajar membersihkan diri, so dalam dorm tu hanya ada aku seorang..tengah syok” bercermin. Aku dengan jelas nampak gynn masuk dan menuju kekatil paling hujung yang kawan aku, Mar tempati, aku pelik lah juga apasal tunduk jerr dia ni selalunya dia pasti akan menyapa aku.
Tengah aku asyik” tu aku cubalah berbicara dengan gynn..”hey gyn, kau dari mna? pasal tak mandi lagi, diorang yang lain dah mndi taw. Tinggal kau sorang jer, tak takut ke?” kataku yang bermaksud menakutkannya. Gynn cuma diam dengan wajah yang tertunduk dari dalam cermin tu aku perasaanlah gynn hanya tersenyum sinis, tapi tetap dalam keadaan kepala tertunduk…
Beberapa minit lepas tu, Leng(Roommate aku)masuk,dengan hanya berkain sarung dan tuala mandi….”eyy lah,cepat eh ko mandi….”kata Leng…”biasa lah Leng,aku kan orgnya tepat masa, bukan macam kawan kau yang sorang tu huh si Gynn. Masih belum mandi, entah badan dah bau hapak”gurauku. Secara tiba” Leng mendekati ku…”weyy,apa maksud ko ni,Gynn manaa??…”…”alah tuu….”..
Aku dgn pantas berpaling dan menunjuk Gynn berada tapi darahku serta merata terasa berhenti mengalir. Dengan jelas aku tak melihat kelibat Gynn disana yang ada hanya katil kosong. Aku mencari” sekeliling tapi tetap aku tidak menjumpai kelibat Gynn. Aku dan Leng saling berpandangan seolah” kami saling mengerti apa yg sebenarnya terjadi, apalgi kmi dengan serta merata cabut lari kluar dari dorm..dalam keadaan aku yg separuh muka masih berkrim. Aku rasa waktu tu kaki aku dah mulai lemah, entah kenapa mesti aku yang hadap benda ni…
KISAH KETIGA
Selepas dari kejadian kedua tu. Aku jarang balik dekat dorm, aku lebih suka stay lama” dekat bilik belajar. Apalah nasib di ganggu hantu serupa si Gynn tu…Kalau nak tdur, aku lebih sanggup tidur dekat bilik belajar daripada harus kembali ke dorm. Walaupun keadaan dalam bilik belajar banyak nyamuk dan sangat sejuk, tapi aku paksakan diri daripada diganggu oleh makhlus halus kembar si Gynn tu.
Masa ni dalam waktu senja, sekitar pukul 5 setengah begitu…Aku memutuskan kembali ke dorm untuk mengambil beberapa bahan belajar dan kebetulan pula si Gynn ada sekali dalam dorm tu. Dia tampak tercari” sesuatu sambil menangis…”hm..gynn ko cari ape tu?” tanyaku…”hp aku hilang, dari tadi cari tapi tak jumpa pun “kata gynn smbil teresak”…
Kebetulan pula si Mar ni pun ada sekali dalam dorm tu, kira kami bertiga lah yang ada disna. Aku mencuba membantu Gynn mencari henponya, tapi aku still tak jumpa. Jadi aku meminta diri untuk kembali ke bilik belajar, tidak lama selepas itu, aku terasa nak buang air kecil pulak. Dah nya tu aku pun pergilah tandas, tak jauh pun hanya hujung lorong tu dh jumpa tandas. …tengah syok” aku berjalan balik. Aku nampaklah si Gynn nie jalan naik turun tangga, dalam keadaan Kepala tertunduk, tangan rapat kesisi, muka pucat lesi… Tapi aku biarkan ja, mungkin dia sedang mencari henponya, mungkin saja tercicir.
Aku pun kembali ke bilik belajar. Tidak lama lepas tu aku dapat pesanan whatsapp dari kawan-kawan lelaki aku dari dorm lelaki..si yeo (bukn nma sebenar) tanyalah dekat aku…”weyy pasal kawan ko si Gynn tu senja” begini keliling dorm..seram pulak tu..dah lah muka tunduk kebawah…tangan rapat kesisi dah macam hantu taw”..kata yeo..”aku pun tak tawlh yeo..mungkin si gynn lagi cari hpnya yang tercicir kot” kataku…
Tidak beberapa lama lepas tu aku dpt lagi pesanan dari yeo, serta mertua d***h aku berderau…”weiiiiiiiii!!!..ko taw tak si Nell ni pun nmpk si Gynn tu senja tadi, tapi diorang kata diaorang perasan yang kaki si Gynn nie tak menginjak tanah umpama sedang terbang..bayang” pun tidak terlihat pada hal waktu tu lampu lorong jalanan sudah dinyalakan. Aku pun apa lagi langsung berlari menuju ke Mar…
Aku menceritakan dekat Mar dan kawan” aku yang lain, tapi apa yang lagi mengejutkan aku jawapan dari Mar..”ko biar betul lala…tak berapa lama dari ko keluar tu si Gynn dah jumpa henponya…aku dan si Gynn staylah dekat dorm kmi sama” tidur sekatil..bukan pun sama”…dan kitorg baru seja kesini”…bulu roma aku mulai berdiri mendengar kata” Mar…habis tu siapa yang aku nampak dan yeo nampak tu, banyak pertanyaan menjadi tanda tanya…
Selang beberapa lama…si Cha ni mulai bukan mulut. Dia menceritakan, kalau si Gynn nie memang ada pendamping sebab keluarganya ada membela saka yang diwarisi daripada datuk si gynn ke ayahnya si Gynn nie, tetapi sudah hampir 2 tahun saka tu tak diberi makan d***h ayam..disebabkan itu dia sering mendampingi si gynn nie,bertujuan untuk menyesatkan si gynn dan membuat si gynn nie stress sehingga berhalusinasi..
Dan sesiapa sahaja yang rapat dengan si Gynn ni pasti akan diganggu, kerana saka tu tak suka dengan orang yang kuat berpegang pada agama. Secara kebetulan pula abang si Cha ni yg boleh melihat makhluk halus mmg pernah melihat sosok yg menyerupai si Gynn nie dan sah” itu adalah saka keluarga datuknya. Dari hari tu aku mulai mengkuat kan lgi iman agar tdk diganggu oleh makhluk halus dan si Gynn nie pun beransur sembuh dari sakitnya yg kurang jelas….
Salam pembaca Fs, terima kasih kepada semua kerana sudi membaca, walaupun jalan cerita yang kurang menarik dan tidak seseram yang kalian bayangkan..terima kasih juga buat Admin sekiranya menyiarkan cerita aku agar bisa dibaca oleh pengemar cerita seram Fs..itu saja pengalaman dari aku..mohon maaf andai ada bahasa dan jalan cerita yang kurang baik….
Sekian,terima kasih