in

Aaron-Wooi Yik ‘cantas’ Juara Dunia

Aksi cemerlang beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berterusan apabila berjaya menumbangkan juara dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di pentas suku akhir Terbuka China di Fuzhou, hari ini.

Walaupun terpaksa mengharungi aksi tiga set melepasi pusingan kedua semalam, mereka tidak berdepan masalah bagi meneruskan aksi konsisten apabila hanya memerlukan 25 minit untuk memenangi dalam aksi dua set.

Aksi cemerlang mereka bermula apabila memenangi set pertama 21-13 dengan lawan yang juga di ranking kedua dunia cuba mengheret permainan namun gagal apabila beregu negara turut menang 22-20.

Ia turut menamatkan badi kekalahan mereka dalam empat pertemuan kepada pasangan berpengalaman dari Indonesia itu yang muncul juara dunia pada Ogos lalu.

Jelas Aaron, kemenangan ini akan meningkatkan keyakinan mereka untuk aksi separuh akhir apabila dijadual bertemu beregu keempat dunia dari Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda esok.

Turut melangkah ke separuh akhir adalah beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai yang berdepan tugas getir kerana bertemu pilihan utama dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Baik Bernikah Je Zul, Intan – PU Syed

Kenyataan MB Perak Mengenai DAP Sekadar Pandangan Peribadi