in

‘Ada lagi gambar saya dan Intan Najuwa’ – Razrul

Tunang kepada pelakon drama Setelah Ku Dimiliki, Intan Najuwa iaitu Razrul Anwar Rusli enggan mengulas sebarang kenyataan ketika ditanya mengenai Intan yang bertindak memadam beberapa foto mereka di Instagram.

Razrul ketika dihubungi berkata, di Instagram milik Intan itu masih ada foto dia bersama Intan.

“Ada lagi gambar saya. Ya, hubungan kami masih seperti biasa. Terima kasih kerana ambil berat dan doakan kami,” katanya

Razrul enggan mengulas sebarang pertanyaan mengenai foto Intan bersama pelakon Zul Ariffin yang mengundang kontroversi baru-baru ini.

“Berkenaan gambar itu saya tak mahu komen. Nanti keadaan jadi lebih buruk. Harap faham, terima kasih,” katanya.

Sebelum ini, tular foto mesra Intan dan Zul Ariffin. Dalam foto itu, Intan didukung Zul dalam keadaan mengghairahkan.

Sehingga artikel ini ditulis, Intan mahupun Zul masing-masing mengunci mulut dan gagal dihubungi.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Hakim Dukung Anak Peguam Ketika Angkat Sumpah

Tiga Rumah Serta Dua Kenderaan Musnah Dalam Kebakaran