Ahli KWSP boleh buat permohonan pengeluaran i-Citra bermula 12 Julai

PERMOHONAN bagi pengeluaran i-Citra akan dibuka bermula 12 Julai 2021 (Isnin).

Menerusi satu kenyataan pada Ahad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata ahli yang berumur di bawah 55 tahun boleh membuat permohonan melalui icitra.kwsp.gov.my

Ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran tersebut.

“i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5, 000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam kedua-dua Akaun 1 dan 2.

“Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan.

“Pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Ogos 2021, ” demikian menurut kenyataan berkenaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada 28 Jun lalu berkata ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan di bawah program baharu yang akan diperkenalkan iaitu i-Citra.

i-Citra diperkenalkan selepas kerajaan melihat kesan positif program i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat mendepani cabaran semasa pandemik Covid-19.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.