Sebagai ibu bapa training anak untuk belajar sesuatu yang baru sangat mencabar dan akan menjadi kenangan terindah appabil diingatkan nanti. Ibu bapa sentiasa nakkan yang terbaik untuk anaknya. Pelbagai gaya dan anisiatif untuk mengajar dan melatih anak-anak.
Melatih anak bebas lampin memerlukan kesabaran tinggi kerana jika ibu bapa sendiri cepat merungut dan putus asa, automatik anak pun akan lambat nak belajar. Terkucil tu biasa di merata-rata tempat dalam fasa awal tetapi kita tak boleh terus marah dan berhenti mencuba lagi.
Kena cakap elok-elok, slow talk dan perlukan sedikit pengorbanan masa dan tenaga. Jika anda sendiri tak bersedia, jangan salahkan anak. Anak kecil ni dia pun dalam proses belajar dan janganlah anggap sekali kita cakap terus faham. Kena ada sikap sabar dan anggap sahaja untuk kemudahan bersama pada masa akan datang.
Namun bagi anda yang nak tahu macam mana cara mudah nak ajar anak potty training, pengalaman Puan Rosmaizati Rashid ini mudah. Cara diajar pada anak perempuannya ketika itu adalah di usia 2 tahun 3 bulan.
Potty training Raanaafia at 2years 3months 5days
1.Intro apa itu kencing dan berak.
Sebelum start potty train taw, maksudnya belum mula potty train lagi. Just nak dia biasakan dulu apa itu kencing dan berak.
Macam Afia tiap kali mandi, mama suruh dia kencing dulu. Kalau dia berjaya kencing cakap “waa afia kencing”. Kadang-kadang je masa ni dia dapat kencing tak selalu. Mungkin kebetulan. Kalau dia tak kencing tak apalah, cuba lagi masa masa akan datang. Kalau buang air besar pula, tunjuk najis dia kat pampers tu. Cakap laa “eee afia berak”.
2. Ibu bapa sendiri kena bersedia
Kena ada kegigihan, kesabaran, nekad dalam diri. Lagi awal latih anak lagi mencabarlah cara nak train. Bila dia besar sikit tak ada masalah sangat sebab lagi senang nak dengar arahan.
Terkucil itu pasti dalam proses ni, kena banyak sabar, jangan putus asa. Penat sikit tak apa, nanti akan ada sinar di penghujungnya.
Untuk makluman ni kali ke-2 train afia, kali nie baru berjaya. First masa afia officially 2 tahun. Puncanya sebab mama la yang tak bersedia hahaha. Tak sabar dan cepat give up.
3. Set timer
Ajak anak ke tandas sekurang-kurangnya 15 minit atau 30 minit pada mulanya. Lepas tu kita cari rentak anak kita macam mana. Kalau dia minum banyak set sekejap je. Kalau tak berapa minum set lama sikit.
Masa hari pertama dan kedua memang struggle sebab tak menentu. Set 30minit kejap dia dah kencing dulu, kejap dia tak nak kencing lagi. Selepas itu, ok dah, set sejam sekali.
Selepas seminggu dia dah makin pandai control her bladder so set at 2 hour once. Lepas tu tak pasang timer dah tunggu dia cakap atau kita yang ajak.
4. Sokongan dari suami
Sokongan suami sangat penting. Tambah-tambah bila kita latih anak yang masih kecil lagi. Sama-sama jayakan potty train ni. Jangan harapkan isteri sorang sahaja.
Macam ajar afia tengah pkpb, jadi daddy afia selalu kt rumah. So daddy banyak bantu. Alhamdulillah. Bila afia terbabas seorang bersihkan lantai, sorang bersihkan anak. Jangan ayahnya pula pergi marah atau jatuhkan semangat isteri nak potty train anak sebab anak asyik kencing merata. Apa pun tak jadi nanti. Terbantut nak train anak bila tak ada sokongan suami. Yang penting kerjasama.
5. Kerap ingatkan anak
Wajib ingatkan sekerap mungkin anak kena kencing kat mana? Tanya soalan, nak kencing pergi mana?, nak kencing pergi toilet kamn?. So dalam otak dia akan tersimpan pesanan khidmat masyarakat mama daddy tu.
Boleh dikatakan 5-10 minit sekali kita orang ingatkan afia. Banyak kali tanya sampai afia pun malas jawab.
6. Explain bukan marah
Kalau anak terkucil terangkan elok-elok pada awalnya . Explain why can’t here! Explain and explain. Bukan terus nak marah-marah. Anak tak tahu pun benda tu salah. Kita la yang betulkan dan ajar.
Bagaimanapun, mama afia day 1 cakap baik-baik. Day 2 and 3 cakap sambil tepuk-tepuk manja gitu kat montot tu. Hahaha. Nak bagitahu yang mana mama marah kalau kencing merata. Bagi dia faham sikit benda tu salah.
7. Prepare environment
Sediakan potty toilet yang sesuai, yang comel atau yang senang digunakan untuk kanak-kanak. Selesa untuk dia gunakan dan dia pun rasa seronok nak potty kat toilet.
8. Pakai pakaian yang simple dan beli panties comel-comel atau kartun kegemaran untuk anak
Kenapa tak pakai potty pants je? Sebab fungsinya lebih kurang pampers. Jadi anak kita tak dapat rasa air kencing mengalir masa dia terkucil. Bila pakai panties je, dia dapat rasa dan through accident, lesson are learnt.
9. Pintu toilet jangan tutup rapat.
Ini untuk memudahkan anak kita masuk tandas dengan sendiri. Atau mudah untuk kita angkat anak bile anak kita tak tahan nak kencing dah.
(Ini yang di praktiskan dekat afia. Lain orang lain cara potty train anak, it’s just my personal tips. Moga bermanfaat. Selepas seminggu afia dah free pampers siang dan malam. Alhamdulillah kesabaran mama terbalas juga.