Al-Quran, Kain Ela Tidak H4ngus Dalam Keb4karan Yang Mer4gut Nyawa Seorang Ibu Demi Selamatkan 3 0rang Anaknya

Rumah dan peralatan di dalamnya h4ngus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api. Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian meny4yat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, r3ntung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin.

Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap. Zamri yang bergegas pulang dari Perak memberitahu, kedua-dua naskhah kitab suci tersebut disimpan dalam kotak dan kain itu pula dilipat bersebelahan dengan kotak berkenaan di dalam sebuah almari.

“Saya hairan kerana almari tersebut dan barang-barang lain di dalamnya semua h4ngus tetapi dua naskhah al-Quran itu dan kain ela arwah isteri saya tidak terb4kar,” cerita Zamri ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. Dia membeli kedua- dua naskhah al-Quran itu semasa bertugas di Lebanon pada tahun 2009.

Lima helai kain ela itu dibeli oleh Rafidah di Kota Bharu dua minggu lalu dan disimpan dalam almari tersebut tanpa dibungkus. Mengenang kembali kejadian itu, Zamri memberitahu, arwah mungkin sukar meloloskan diri melalui tingkap itu disebabkan dia bertubuh besar dengan berat badan kira-kira 85 kilogram.

Sumber:facebook

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.