Alhamdulillah,Satu Keluarga Ini Tekad Untuk P3luk Islam

Alhamdulillah,Satu Keluarga Ini Tekad Untuk P3luk Islam

Bukan mudah untuk seseorang itu mengubah agama dan kepercayaan mereka melainkan mereka telah benar-benar bersedia dan faham. Baru-baru ini, satu keluarga berbangsa Cina mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam.

Menurut laman Fesbuk Muallaf Rawang, saudara baru tersebut bernama Muhamad Khalid Marcus Wong dan keluarganya telah memeluk Islam di pejabat agama Selayang dengan bantuan ustaz Amir Ng.

“Alhamdulillah, sudah setahun lebih beliau dan sekeluarga telah mengambil keputusan peluk Islam dan mendekatkan diri kepada Islam” tulisnya.

Difahamkan, Khalid sekeluarga yang lahir bukan beragama Islam amat tertarik dan sentiasa mencari pengertian Islam dalam agama.

“Makcik tu beritahu anak kami comel dan tenang sekali wajahnya. Dia tanya apa nama anak kami. Kami beritahu belum lagi diberikan nama sebab baru lahir tiga hari.

“Makcik tu mencadangkan untuk menamakan anak kami Siti Khadijah. Saya kemudian beritahu yang kami bukan Islam ketika itu, dan rasanya dia pun boleh tahu,” katanya yang menetap di Kajang, Selangor.

Ustaz Amir Ng bersama keluarga Muhammad Khalid serta wakil-wakil Perkim Gerak dan Muallaf Rawang.

Peristiwa tersebut turut dikongsikan dalam pertemuan pertamanya bersama Ustaz Amir sebelum memeluk Islam, dan dia kemudian dimaklumkan bahawa Siti Khadijah adalah nama isteri Nabi Muhammad SAW.

“Tiga bulan lalu saya namakan anak saya Caynice. Tapi kini saya menamakan namanya Siti Khadijah, sebagaimana yang dicadangkan oleh makcik itu,” tambahnya.

Menurut Muhammad Khalid, Islam bukan sesuatu yang baharu baginya kerana sejak kecil dia rapat dengan rakan-rakan Muslim.

“Kampung nenek saya di Port Dickson, Negeri Sembilan, kawasan Cina, tapi sebelah kampung ramai Melayu. Jadi, saya ada ramai kawan beragama Islam.

“Semoga mereka sekeluarga dirahma ti dan diberkati Allah. Teruskan perjuangan dan sentiasa beristiqomah ke arah kebaikan dan jalan diredhai Allah SWT,” ujarnya.

Sumber:Fesbuk Muallaf Rawang

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.