in

Anwar Akur Titah Sultan

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa agihan zakat hanya boleh diberikan hanya kepada orang Islam.

Menurutnya, beliau menyambut baik titah tersebut dan menegaskan ia hanyalah pandangan peribadinya.

“Saya dalam ucapan itu menyatakan Islam ini adalah mengenai keadilan, kasih sayang dan rahmat. Itu pandangan peribadi saya supaya benda ini dikaji, diteliti oleh mufti serta majlis agama dan diputuskan.

“Itu saja pandangan saya. Kalau diputuskan tak setuju, tak apa tapi saya menganjurkan wacana yang segar mengenai tajuk ini kerana ada pandangan-pandangan berbeza.

“Kalau keputusan seperti mana dibuat oleh Selangor, kita patuh kerana keputusan dalam bidang kuasa majlis agama dan sultan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau turut menjelaskan cadangannya itu bagi menampakkan imej Islam lebih baik kepada semua kaum.

“Bahkan dalam ucapan, saya bagi contoh dalam satu kampung, semua orang Islam ada satu rumah Hindu. Apakah kita boleh pertimbangkan untuk melunakkan keadaan, begitu konteks dia tapi saya terima baik, saya cuma nak dalam Islam ini biar kita ada ihsan, ruang untuk meneruskan wacana yang sihat dan segar,” katanya.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini bertitah kutipan zakat hanya boleh diagihkan kepada lapan golongan asnaf, termasuk asnaf fakir, miskin dan mualaf dalam kalangan umat Islam.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani berkata, penegasan ini dibuat setelah menerima nasihat daripada Mufti Selangor. Dimana agihan zakat kepada bukan Islam hanya dibolehkan jika ia menjadi penyebab individu terbabit memeluk Islam di bawah asnaf mu’allafati qulubuhum.

Pada 30 Oktober lepas, Anwar mencadangkan kepada institusi zakat untuk melakukan pembaharuan dengan memperluaskan bantuan zakat juga kepada orang bukan Islam.

Beliau berkata demikian pada persidangan zakat anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wanita Diserang Anjing Peliharaan, Maut

Hobi Berbasikal Lajak Boleh Disalur Ke Cara Positif : Syed Saddiq