Semalam, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa telah mendedahkan wajah anak lelakinya di media sosial. Perkongsian yang dilakukan oleh Neelofa itu sekaligus menghentikan segala spekulasi dan teka-teki yang bermain di dalam fikiran netizen.
Terbaru, PU Riz dilihat memuat naik sebuah posting mengenai ‘akhlak’ di Instagram Story miliknya. Posting tersebut didakwa ditujukan kepada netizen yang bercakap ‘buruk’ mengenai anaknya itu.
Lakukanlah dengan akhlak
Menurut PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, sebagai seorang Islam, menjaga akhlak adalah perkara yang amat penting. Justeru, beliau berharap setiap orang dapat menjaga diri dan mulut agar memperoleh kebaikan dalam kehidupan sentiasa. Menerusi posting tersebut, rata-rata netizen berpendapat PU Riz mempunyai maksud tersirat yang ingin disampaikan. Ini kerana isu wajah anaknya itu hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Sebelum ini, Neelofa mengakui sedih dan tersinggung dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan wajah Bilal kepada umum. Usahawan berusia 33 tahun itu menegaskan perbuatan itu tidak menghormati perasaan dia dan suaminya. Bukan itu sahaja, individu terbabit didakwa menyunting foto Bilal sebelum ia dikongsi di media sosial. Tambah Neelofa, akibat perbuatan itu pelbagai fitnah dan komen negatif dilemparkan kepada anaknya.