Apam Pandan Legend Punya Lembut, Tak Boleh Bawa Bincang,Jom Cuba Untuk Anak!

Salah satu makanan yang lembut dan cukup sesuai untuk diberikan kepada anak-anak kita pastinya apam. Tidak kira samada apam mekar, apam nasi dan sebagainya, semuanya sesuai diberikan kepada anak-anak kita. Namun kawal kandungan gulanya agar tidak berlebihan untuk anak-anak kita.

Apam Pandan Legend ini antara apam sesuai. Baunya yang harum sudah membuatkan hati tidak sabar untuk menjamahnya. Apa lagi saat menanti kuih yang satu ini ketika sedang masak. Harum semerbak. Resipi yang dikongsikan oleh Pn Farisha Sofea ini mama wajib cuba.

Bahan Bahan:

3 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air pandan
1/2 cawan santan
1 cawan gula
1 sb yis
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau ( optional )

Bahan Lain :
Kelapa parut
Sedikit garam
(Kukus seketika )

Satukan ke semua bahan di dalam bekas yang besar.

Kacau sebati hingga tiada adunan tepung yang berketul.

Kacau adunan yang telah diperap dan tuangkan ke dalam loyang / acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak.

Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.

Sejukkan sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang siap dikukus.

Siap!

Bole disajikan dengan teh panas atau susu untuk kanak-kanak.Pasti anak-anak dan suami suka.

Published
Categorized as Resepi

By Adam

Adam mempunyai disiplin tinggi dalam penulisan. Setiap berita dan artikel ditulis dengan penuh teliti dan fakta. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Adam di [email protected]

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.