in

Arab Saudi Beri 300 Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Arab Saudi telah memutuskan untuk memberikan 300 biasiswa kepada pelajar Malaysia.


Khabar gembira itu dikongsikan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan telah menyatakan tumpuan biasiswa itu adalah kepada bidang sains dan teknologi.

“Arab Saudi juga sedang menyusun guru mereka daripada tiga subjek iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk dihantar dan dilatih di Malaysia.

“Ia bagi mempersiapkan sistem pendidikan mereka menghadapi Pendidikan Abad Ke-21,” tulisnya dalam laman Facebook beliau sebentar tadi.

Saya hendak berkongsi berita baik dengan anda semua. Hari ini, selepas bertemu Raja Saudi, Raja Salman, saya kemudiannya berjumpa dengan Menteri Pendidikan Saudi, Dr Hamad bin Mohammed Al Shaikh.

Kami saling bertukar pandangan dan buah fikiran tentang sistem pendidikan di negara masing-masing. Dan yang lebih penting, Kementerian Pendidikan Saudi telah memutuskan untuk memberikan 300 biasiswa kepada mahasiswa dan mahasiswi Malaysia. Tumpuan biasiswa ini adalah kepada bidang sains dan teknologi.

Arab Saudi juga sedang menyusun para guru mereka daripada 3 subjek iaitu English, Matematik dan Sains untuk dihantar dan dilatih di Malaysia bagi mempersiapkan sistem pendidikan mereka menghadapi Pendidikan Abad Ke-21.

Kita cukup berbesar hati menerima penghormatan sebegini, dan amat sudi untuk berbagi pengalaman bersama mereka. Para guru mereka boleh mengambil pengalaman tinggal dalam budaya masyarakat Malaysia dan turut menyumbang dalam pembelajaran anak-anak kita di sekolah.

Pertukaran suasana sebegini merupakan satu inisiatif yang baik untuk meluaskan lagi spektrum pemikiran antara rakyat Malaysia dan Arab Saudi dan menyemarakkan aktiviti silang budaya. – Sumber : Facebook

Tambah beliau, kementerian turut berbesar hati menerima penghormatan sebegitu dan amat sudi untuk berkongsi pengalaman bersama mereka.

“Para guru mereka boleh mengambil pengalaman tinggal dalam budaya masyarakat Malaysia dan turut menyumbang dalam pembelajaran anak-anak kita di sekolah.

“Pertukaran suasana sebegini merupakan satu inisiatif yang baik untuk meluaskan lagi spektrum pemikiran antara rakyat Malaysia dan Arab Saudi dan menyemarakkan aktiviti silang budaya,” katanya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Lelaki Maut Rempuh Teksi

Bilik Asrama Pelajar Tahfiz Terbakar