e-Wallet Madani : Tarikh Bayaran Bantuan RM100 Percuma Untuk Rakyat Malaysia. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
E-Tunai RM100
Baru-baru ini pada sidang Majlis Peluncuran Ekonomi Madani : Memperkasa rakyat, Menteri Kewangan telah memperkenalkan satu lagi inisiatif baru. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa pemberian bantuan istimewa kredit e-tunai RM100 akan diagihkan kepada rakyat Malaysia.
Jangan keliru, kredit e-tunai sebelum ini bernilai RM200 ditawarkan kepada golongan mahasiswa menerusi e-belia rahmah. Inisiatif e-tunai RM100 ini ditawarkan kepada kategori dewasa berumur 21 tahun keatas dan mempunyai pendapatan dibawah RM100,000 setahun.
Dengan adanya insentif tambahan RM100 ini, ramai yang akan dapat manfaat kerana purata rakyat Malaysia berada dalam kelompok kategori B40 dan M40. Tidak sama seperti tahun sebelum, bantuan e-dompet hanya diberikan pada golongan mahsiswa, tahun ini golongan dewasa juga akan menerimanya dengan kadar RM100.
Kelayakan E-Tunai RM100
Berikut adalah syarat kelayakan asas yang telah dimaklumkan oleh kerajaan bagi tebus bantuan RM100 seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Golongan dewasa (21 tahun keatas)
- Pendapatan RM100,000 ke bawah (Setahun)
- Kategori B40 & M40
Tarikh Penebusan Bantuan e-Tunai RM100
TERKINI : Kerajaan akan menunaikan janji bagi bantuan e-wallet RM100 kepada penerima yang layak pada Disember ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.
“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada Bernama, 19 Oktober 2023.
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Berikut Senarai Penuh Penerima Yang Layak Bantuan STR Fasa 4 – Semak Disini
- Rasmi : Tarikh Bayaran Insentif Awal RM2000 Untuk Penjawat Awam – Semak Disini
- Bantuan Kewangan RM2,700 Disalurkan ‘One-Off’ Untuk B40 Berkelayakan
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021