Motif.my ingin berkongsi cara mudah login ASB Online Banking samaada untuk log masuk ataupun untuk semak baki MyASNB anda.
Jika dahulu, anda perlu membawa buku pelaburan bersama ke cawangan Amanah Saham Bumiputera yang berdekatan.
Andai kata, anda menghilang buku pelaburan tersebut, ianya akan membawa lebih banyak masalah. Anda perlu memohon semua, perlu menunggu giliran dan sudah pasti ianya mengambil masa yang lama.
Hal ini demikian kerana, pada masa dahulu, ASB masih belum mempunyai agen seperti sekarang. Sekarang terdapat beberapa agen ASB seperti CIMB, RHB dan juga Maybank.
Untuk mendapatkan semua buku yang hilang itu, anda perlu menunggu sehingga 20 hari bekerja, jika tiada buku tersebut wang tidak dapat dikeluarkan.
Tetapi itu semua pada masa dahulu, sekarang lebih mudah. Nak tahu bagaimana caranya?
Langkah Mudah Untuk Log Masuk MYASNB Atas Talian
- Jika anda masih belum mempunyai akaun MYASNB, anda harus ke cawangan ASB atau agen ASB seperti CIMB, Maybank atau RHB berdekatan. Anda hanya perlu meminta borang daftar MYASNB daripada pegawai yang bertugas.
Anda hanya perlu mengisi nombor telefon, maklumat maklumat yang diminta serta nombor akaun ASB terbaru anda. Selepas selesai mengisi borang, kembalikan borang kepada pegawai tersebut.
- Setelah selesai semuanya, anda boleh mendaftar akaun MYASNB secara atas talian
Daftar dan Logmasuk MYASNB di 👉🏽 SINI
- Setelah anda berjaya logmasuk, anda perlu mengisi no kad pengenalan anda, produk ASNB yang ingin anda semak.
- Seterusnya anda akan menerima nombor TAC atau nombor keselamatan melalui SMS ke nombor telefon yang anda daftarkan semasa mengisi borang pada langkah 1.
Kelebihan Sistem ASB Baharu (MYASNB)
- Bagi urusan pengeluaran wang, ianya sangat mudah kerana anda hanya perlu bawa kad pengenalan sahaja. Mudah kan?
- Pada masa kini, anda tidak perlu risau lagi mengenai buku akaun, tidak perlu bawa ke mana mana atau takut buku akaun hilang kerana semuanya hanya menggunakan kad pengenalan sahaja.
- Anda juga boleh menyemak baki akaun anda melalui MYASNB menerusi telefon atau komputer anda.
Namun begitu, jika anda ingin melakukan pemindahan wang pelaburan ASB, anda tidak boleh menggunakan sistem MYASNB, anda perlu ke cawangan ASB atau agen ASB.