Ayah kesat air matanya diatas jalan setelah melihat anaknya pergi bersama pasangan pilihan

Hati bapa mana yang tidak sebak apabila melihat anak gadisnya kini bergelar isteri orang. Walaupun tidak menunjukkan rasa sedih melepaskan anak tersayang, namun jauh di lubuk hati mereka pasti merasakan hal tersebut.

Berat lepaskan anak pergi

Hal ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Sal apabila memuat naik momen perpisahan kakaknya yang akan mengikut suami selepas berumah tangga

Selama 29 tahun hidup, bapanya begitu rapat dengan kakak sehingga amat berat untuk melepaskan anak perempuannya pergi.

Walaupun gembira diatas perkahwinan tersebut, namun bapanya terlihat muram apabila kakaknya bersalaman untuk berangkat memulakan kehidupan di Shah Alam bersama suami.

Titip pesan buat menantu

Bapanya juga sempat menitipkan pesan kepada menantunya supaya menjaga anaknya dengan baik dan mendoakan mereka bahagia hingga ke Jannah.

Pergi ke jalan lihat anak bergerak pergi

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

 

 

Ketika kereta menantunya sudah bergerak pergi, bapanya telah pergi ke jalan dan memandang dari jauh kereta bergerak sebelum mengelap air mata menggunakan tuala di bahu.

Ayahlah insan yang punya cinta terbesar

Perkongsian tersebut nyata membuatkan warganet turut berasa sebak melihat situasi berkenaan. Rata-rata mereka meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa hiba mengenangkan bapa mereka.

Ada juga yang mempunyai kisah sama seperti yang dikongsikan oleh pengguna TikTok itu dan memahami momen yang begitu berat tersebut apabila melangkah ke fasa yang baru.

Sebak lihat ayah pergi ke jalan tu

Pernah alami perkara sama

First time tengok ayah menangis

Kita pulak sama sedih

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×