B0ngkar Klsah Sedlh Sultan Ali Shah: Sultan Terengganu 1942 – 1945 DiguIingkan Oleh Pembe$arnya Sendiri

Pernahkah anda mendengar nama Tengku Ali? Jika sesiapa yang gemar membaca sejarah pasti mengenali siapa sebenarnya Tengku Ali dan apa kaitannya dengan Tahta Kerajaan Negeri Terengganu.

Untuk pengetahuan semua, Tengku Ali dilahirkan pada tahun 1914 di Istana Tepi Bukit berhampiran Bukit Puteri, Kuala Terengganu,

Terengganu. Beliau merupakan putera sulung Sultan Terengganu ke 13 iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III yang memerintah diantara tahun 1920-1942. Bondanya adalah Tengku Ampuan Maryam bt Al-Marhum Sultan Ahmad 1, Pahang.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sewaktu berusia 8 tahun dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Andrew School,

England sewaktu berusia 15 tahun dan menyambung pelajaranya diperingkat ijazah di Oxford Univerisity dalam bidang Geography.

Tidak sempat memperolehi ijazah, pada tahun 1934 beliau kembali ke tanahair dan pernah bertugas dengan Mubin Sheppard di Kemaman,

Di Selangor dan Kuala Lumpur bersama Raja Uda dan Residen British Selangor pada waktu itu dan kembali semula ke Terengganu pada 1937 dan pernah bertugas sebagai penguasa polis & kastam dan pegawai pelatih di Mahkamah Besar Kuala Terengganu.

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu ke-13

Sultan Sulaiman mangkat pada 25 September 1942 (14 Ramadhan 1361) jam 05:30 petang hari Jumaat di Istana Timur, Padang Seri Negara, Kuala Terengganu.

Sepertimana anda semua maklum, tahun 1942 adalah zaman era pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Setelah Al-Marhum Sultan Sulaiman dimakamkan dikubah Masjid Abidin, Tengku Ali ditabalkan sebagi Sultan dihadapan Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri, ketua-ketua pejabat kemajuan, kerabat-kerabat diraja dan lain-lain.

Pada tanggal 12 September 1945 Jepun menyerah kalah dan pemerintahan Tanah Melayu kembali ke pentadbiran tentera British. Pada 05 November 1945 , seramai 13 orang kerabat diraja dan pembesar Terengganu mengadakan mesyuarat di Istana Maziah tanpa pengatahuan Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu.

Pada hari Ahad, 16 Disember 1945, beberapa orang kerabat diraja, menteri-menteri dan Hardley berhimpun di Istana Maziah tanpa pengetahuan Tengku Ali dan dalam perhimpunan ini mereka mengistiharkan Tengku Ali tidak lagi menjadi Sultan Terengganu.

Mereka yang terlibat diantaranya Umar Mahmud, Tengku Hitam, Abdul Rahman, Muhammad Saleh Ahmad, Abu Bakar Mustafa, Tengku Embung, Abdullah, Abdul Kadir,

Abdullah Yunus, Wan Muda Wan Ali, Tengku Hitam Hussein, Muhammad Hashim dan Tengku Wok. Diantara mereka hanya Tengku Wok sahaja yang pernah meminta maaf kepada Tengku Ali.

Setelah turun dari tahta, Tengku Ali menjalankan pelbagai tugas untuk menyara kehidupan beliau dan keluarga dimana Tengku Ali pernah menjadi pemandu kereta sewa dari Kuala Terengganu ke Kuantan,

Pahang hingga ke Singapura. Pernah DYMM Sultan Pahang mengeluarkan perintah supaya beliau di “tangkap” tapi beliau dapat meloloskan diri.

Selain itu beliau juga pernah menjadi Tauke Wayang bergerak dari satu pekan ke pekan yang lain di seluruh Terengganu bersama anak sulungnya Tengku Abdul Halim.

Tengku Ali mangkat pada 17 Mei 1996 dalam usia 82 tahun. Perjuangannya mencari pengiktirafan sebagai Sultan Terengganu terputus ditengah jalan. Beliau dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.

Makam Tengku Ali telah dibina oleh anakanda beliau iaitu YH Dato’ Setia Pahlawan YM Tengku Dato’ Haji Iskandar Abu Bakar ibni Tengku Ali, DSAP; DIMP; SAP; AMN; PJK.

Tengku Dato’ Iskandar adalah anakanda Tengku Ali dan bekas Tengku Ampuan Terengganu iaitu YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainon Jamil bt Al-Marhum Sultan Abu Bakar, SIMP. Beliau sekarang bertugs di Istana Abu Bakar,

Pekan, Pahang sebagai Penolong Pengelola Bijaya DiRaja KDYMM Sultan Pahang. YAM Tengku Ainon Jamil telah berpisah dengan Tengku Ali selepas Tengku Ali diturunkan dari Tahta Kerajan Terengganu.

Beliau pernah membawa kes Tahta Kerajaan Terengganu ke Mahkamah tetapi nasib tidak menyebelahi beliau. Apa yang terkilan di hati Tengku Ali adalah beliau tidak pernah diiktiraf sebagai Sultan Terengganu dimana seolah-olah selepas kemangkatan Sultan Sulaiman pada 25 September 1942,

Terengganu tiadak mempunyai Sultan sehingga bapa saudaranya, Tengku Ismail menaiki tahta sebagai Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 16.12.1945.

KESIMPULAN (Tengku Ali, British dan Takhta Terengganu)

Penyingkiran Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu pada 5 November 1945 berpunca daripada pelbagai sebab. Penyingkiran Tengku Ali disebabkan pendiriannya yang anti-British dan juga sebagai seorang yang ‘actively collaborated with the enemy or have acted or spoken against the allied cause’.

Sungguhpun begitu, pada hakikatnya, penyingkiran Tengku Ali juga mempunyai kaitan dengan rancangan British untuk menjajah Negeri-Negeri Melayu melalui rancangan Malayan Union.

Pihak penjajah British sedar bahawa tidak semua raja-raja Melayu akan menyetujui rancangan itu lebih-lebih lagi Sultan Terengganu yang terkenal dengan sikapnya yang anti-British.

Penyingkiran Tengku Ali dari tahta telah memaksa raja-raja Melayu lain mengubah pendirian dan akur kepada kehendak British. Nasib Tengku Ali bertambah malang apabila Menteri Besarnya sendiri,

Dato Jaya Perkasa Che Da Omar Muhammad memihak kepada pihak berkuasa British. Seorang Pemerhati Pembesar menyingkirkan Tengku Ali itu sebagai ‘cara yang tidak sopan’. Walau apa pun yang berlaku terhadap dirinya,

Tengku Ali masih menganggap penurunannya sebagai Sultan Terengganu pada tahun 1945 itu sebagai tidak sah kerana tindakan tersebut telah dilakukan tidak mengikut adab.

Beliau menganggap bahawa ‘Kerabat-kerabat diraja dan pembesar-pembesar negeri (Jumaah Menteri) yang menurunkan saya telah terpedaya dengan permainan politik British. Saya memang tidak sukakan British, walaupun saya belajar di Oxford.’

*Persoalannya adakah perlantikkan Sultan Terengganu bermula dari zaman kesultanan Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Zainal Abidin III Muazzam Shah (24 Januari 1907 – 29 September 1979),

Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj ibni Almarhum Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah Al-Haj ( 1979 – 1998 ), dan Al-Wathiqu Billah,

Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ( 22 Januari 1962- kini ) menggunakan Undang-Undang bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911 dalam melantik Sultan seiring dengan objektif-objektif dan fasa-fasa yang termaktub di dalam “ Itqanul Muluk Bil Takdilis Suluk ”

yang mengandungi 53 fasa menterjemahkan tentang peraturan dan syarat-syarat berkaitan Sultan, Waris Ganti, Menteri dan sebagainya?
Sumber: TAHAMAS OF ROYAL TERENGGANU

Sejarah tidak pernah menipu tetapi manusia sentiasa menipu sejarah. Jika anda merasakan kisah ini menarik dan patut diketahui oleh rakan-rakan anda sila kongsikan kisah ini di laman sosial anda.

Sumber: blogammar.com

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih