Bagaimana Seorang Anak Boleh Menolong Ayahnya Dalam Kubur?

Bagaimana Seorang Anak Boleh Menolong Ayahnya Dalam Kubur, ok?

Allah sudah menjanjikan pahala bagi mereka yang sentiasa beriman dan bertakwa kepadanya sebagai jaminan untuk mencium bau syurga dan juga memberikan dosa dan api neraka kepada mereka yang mengingkari perintahnya.

Segala amalan kita di dalam dunia akan terputus apabila kita kembali menghadap yang ilahi. Namun terdapat 3 amalan sahaja yang masih di terima allah sebagai pahala kita di akhirat nanti meskipun kita sudah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Amalan-amalan yang tersebut adalah seperti di bawah:

1) amal jariyah
2) ilmu yang bermanfaat
3) anak soleh yang mendoakan ibu dan bapanya.

Jadi, motif.my akan berkongsian perkongsian dari Facebook Ustaz Azhari Idrus (Original) tentang bagaimana seorang anak boleh membantu ayahya dalam kubur.

Soalan :

Macam mana hendak tolong ayah di dalam kubur?

Jawapan :

Sebagai anak sebaiknya kita perlu selalu mendoakan kebaikkan dan memohon keampunan Allah untuk ayah yang telah meninggal dunia, selalu bersedekah dan menderma dan juga banyakkan amal solih yang diniatkan untuk ayah.

Mematuhi hukum syarak dalam segenap aspek kehidupan supaya ayah turut mendapat manfaatnya walau pun sudah meninggal dunia. Hubungi silaturrahim ayah dan muliakan kawan-kawan ayah.

Soalan :

Apakah hukum letak bunga atas kubur dan siram air?

Jawapan :

Hukum meletakkan bunga di kubur bergantung kepada niat dan juga tujuan . Jika tujuan baik kita adalah untuk mengikut sunnah Nabi saw yang meletakkan pelepah kurma yang masih hidup yang bertasbih kepada Allah dan meringankan keadaan arwah di alam barzakh maka ianya adalah elok.

Kerana setiap benda yang hidup seperti tumbuhan sentiasa bertasbih kepada Allah. Dengan sebab tasbih yang hidup kepada Allah dekat dengan kubur maka diharapkan ringan orang yang di dalam kubur.

Jika kita bertujuan untuk mengikut budaya orang bukan Islam meletak bunga maka ia adalah dilarang sama sekali.

Syeikh Atiyah Saqar Ketua Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar berkata :

“Ini adalah masalah antara golongan yang mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan terhadap perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah dari Allah SWT. Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata untuk mengharapkan rahmat Allah swt.

Justeru, perbuatan seperti menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga yang sangat mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram kerana ianya adalah membazir.”

Soalan :

Di kubur apakah bacaan yang paling bagus?

Jawab :

Sebaik sahaja tiba di kubur bacalah ucapan salam kepada si mati kemudiannya membaca ayat Quran yang mana yang mudah bagi kita dan kemudian membaca doa minta kebaikkan untuk si mati.

Tidak dimestikan membaca ayat-ayat tertentu tetapi terpulanglah kepada yang menziarahi, surah apa yang dia mahu baca adalah harus.

Cuma setengah-setengah orang suka membaca surah Yaasin atau surah Baqarah atau surah lain dan ia bukanlah wajib atau menjadi syarat.

Imam Nawawi berkata :

وروينا في سنن البيهقي بإسناد حسن أن ابن عمر استحبَّ أن يقرأ على القبر بعد الدفن أوّل سورة البقرة وخاتمتها

Ertinya: “Diriwayatkan di dalam Sunan Al-Baihaqi dengan sanad yang hasan bahawa Ibnu Umar menyukai agar dibaca di atas perkuburan sesudah pengebumian permulaan pada surah Al-Baqarah dan pada pengakhirannya.” (Kitab Al-Azkar)

Soal :

Apakah hukum ziarah kubur?

Jawab :

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Hadith Nabi saw :

فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة

artinya : “Ziarahlah kamu semua akan kubur kerana menziarahi kubur itu mengingatkan kamu kepada negeri akhirat.”

Hukumnya adalah sunat bagi kaum lelaki ziarah kubur dan ia adalah sunnah Nabi saw.

Adapun bagi kaum wanita maka hukumnya harus ziarah kubur dengan syarat menjaga adab-adab keluar rumah yaitu menutup aurat dengan sempurna dan tidak mengiringi jenazah pada masa menanam mayat. Ziarahlah pada waktu tidak ramai dengan ditemani mahram atau suami dan tidak duduk lama di kubur.

Soalan :

Arwah gembira ke kalau kita pergi menziarahi kuburnya?

Jawapan :

Orang yang telah mati atau penghuni kubur memang akan merasa senang dengan kehadiran orang yang ziarah dan mengenalinya.

Berkata Imam Ibnu Qayim :

والسلف مجمعون على هذا ، وقد تواترت الآثار عنهم بأن الميت يعرف زيارة الحي له ويستبشر به

Artinya : “Para salaf telah pun ijmak ke atas ini dan sungguhnya telah menjadi mutawatir dari para salaf dengan bahawasanya mayat mengenali orang hidup yang ziarah akan mayat dan suka mayat dengannya.” (Kitab Ar-Ruuh)

Soalan :

Dahulu syurga ibu bawah tapak kaki ayah. Sekarang ayah sudah pun tiada. Syurga ibu macam mana? Adakah ianya balik ke ibu dia ke?

Jawapan :

Ketika bernama isteri maka wajiblah si isteri taat kepada suaminya kerana jika ia derhaka kepada suami maka tertutup baginya pintu syurga. Maka apabila suami telah meninggal dunia dan kembali ia kepada kedua ibu bapanya maka wajib pula ia taat kepada ibu bapanya.

Soalan :

Adakah benar ruh akan balik ke rumah dalam 44 hari?

Jawapan :

Tidak ada dalil yang menunjukkan tentang perkara ini. Ruh orang beriman akan dinaikkan ke langit setelah berpisah dari badan menurut hadith-hadith yang sahih dan dikembalikan kepada jasadnya untuk menjawab soalan malaikat mungkar dan nakir.

Dan diriwayatkan juga ruh dikembalikan untuk menjawab salam orang yang datang ziarah. Tiada hadith sahih yang memberitahu ruh itu pualng ke rumah pada hari yang 44 sekalipun jika Allah kehendaki boleh berlaku.

Soalan :

Doa anak yang soleh sampai ke arwah. Macam mana kita boleh tahu sama ada kita ni anak soleh atau tidak?

Jawapan :

Anak yang solih ertinya anak yang beriman yang benar aqidahnya dan beramal dengan suruhan yang ditetapkan dalam islam. Oleh yang demikian selalulah hadir ke majlis ilmu supaya dapat mengetahui cara beraqidah yang benar dan cara beramal yang betul supaya tergolong dalam kalangan anak yang solih.

Jika kita hidup dengan mematuhi segala peraturan dan syarak islam maka sudah pasti kita menjadi seorang anak yang solih.

Soalan :

Boleh ke berdoa supaya ruh arwah datang melawat ke dalam mimpi sebab rindu sangat?

Jawapan :

Tidak salah untuk kita berdoa supaya dapat jumpa si mati dalam mimpi. Sementara itu selalulah amalkan amal solih sebanyak mungkin kerana ibu bapa yang telah meninggal dunia akan mendapat saham yang baik dari amal solih yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

Wallahua’lam

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×