in

Bahang Panas Di Bukit Jalil

KUALA LUMPUR: Sejuk tapi terasa panas! Itulah perumpaan yang sesuai bagi mengambarkan kehangatan yang diwujudkan oleh penyokong dari Utara dan Selatan (Kedah dan Johor) yang hadir bagi menyaksikan aksi akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun di petang hari, hujan turun di perkarangan stadium namun ia tidak langsung memadam semangat yang membara yang ditunjukkan oleh ribuan penyokong kedua – dua pasukan yang sanggup hadir dari jauh demi memberi sokongan kepada pasukan masing – masing.

Pertembungan ini menampilkan juara Piala FA (Kedah) menentang juara Liga Super (JDT), status dua pasukan yang bergelar gergasi bola sepak tempatan dan juga mempunyai kelompok penyokong yang besar, tidak sukar untuk melihat mengapa perlawanan ini mendapat sambutan mengagumkan.

Walaupun ada yang menyatakan bahawa Piala Malaysia sudah tidak relevan lagi pada masa ini, namun dengan kehadiran lebih daripada 75,000 penyokong dari kedua – dua belah pasukan telah membuktikan bahawa saingan ini masih mempunyai pengikutnya tersendiri.

Penyokong dari kedua pasukan sangat teruja apabila pintu pagar dibuka jam 4 petang, mereka terus berpusu pusu masuk ke dalam stadium untuk mencari tempat terbaik bagi menyaksikan perlawanan.

Sikap kedua-dua penyokong juga wajar dipuji kerana berdisiplin dan mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi kerana walaupun perlu menunggu agak lama untuk memasuki stadium dan beratur panjang namun tiada kekecohan yang berlaku.

Apabila telah masuk ke dalam stadium, kehangatan sama terus disemarakkan menerusi sorakan padu daripada penyokong, kibaran bendera dan kain rentang menggamatkan lagi suasana.

Hampir jam 7 malam, kerusi tempat duduk di dalam stadium sudah mula dipenuhi oleh penyokong kedua-dua pasukan dan seperti yang dijangkakan, lautan penyokong sekali lagi dapat disaksikan.

Dengan puluhan ribu penyokong sebagai ‘pemain ke-12’, Kedah dan JDT memiliki azimat terbaik untuk mereka merangkul trofi keagungan itu, malam ini.

Apa sahaja keputusannya, penyokong kedua-dua pasukan perlu ditabik atas semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh mereka sejak awal pagi lagi.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Punca Kematian Guru Wanita Di Sik

Makan Untuk Hidup Bukan Hidup Untuk Makan – pesan Tun M