Bahaya Stres Seorang Ibu Kalau Pasangan Tak Peduli. Nampak Macam Kuat Tapi Boleh Sampai Kelar Anak

Bahaya Stres Seorang Ibu Kalau Pasangan Tak Peduli. Nampak Macam Kuat Tapi Boleh Sampai Kelar Anak, ok?

Stress seorang ibu adalah tidak sama dengan stress seorang bapa. Buat para suami di luar sana, fahamilah apa yang dirasai oleh isteri anda. Jangan lah pandang remeh terhadap apa yang mereka rasa dan lalui. Stress dan murung mereka inilah yang mungkin boleh membawa kepada mereka melakukan sesuatu yang buruk dan tidak dijangka.

Jadi, motif.my akan berkongsi artikel dari facebook saudari Siti Suryani Yaakop tentang bagaimana pasangan suami isteri boleh bekerjasama untuk mengelakkan kejadian yang buruk akibat tekanan yang dihadapi oleh seorang isteri.

43906483 – young housewife looks tired, holding her baby while working on desk with laptop and books

Kisah ibu yang kelar 4 anaknya tu…

Sebelum beliau membuat tindakan itu, beliau telah menghentak-hentak kepalanya beberapa kali ke tiang.

Suaminya nampak tingkah laku itu lalu menegur tindakan beliau tersebut. Kemudian, tidak lama selepas itu, beliau telah menghentikan perbuatan tersebut.

Selepas itu,suaminya pergi ke kerja, membiarkan ibu itu bersama anak-anak mereka di rumah. Menyangkakan isterinya sudah pun pulih sementalahan ibu ini mula membawa semua anak-anaknya untuk memakan biskut dan minum air.

Apabila suaminya pulang sahaja dari tempat kerja, itulah yang dilihat matanya. Anak-anaknya dikelar satu persatu.

Lelaki dan Perempuan Mempunyai Cara Berbeza Menangani Stress

Orang perempuan ni biasanya akan ada dua perkara yang dia akan buat bila dia stress atau tertekan.

Kalau lelaki bila ada masalah,dia akan suka Caving (duduk sorang-sorang) Perempuan pula akan Tend and Befriend.Tetapi, syaratnya perlu ada orang yang mendengar dan menyokong.

Jika tidak, dia akan ambil tindakan yang primitif Fight or Flight.

Sebab itu,sangat penting untuk perempuan meluahkan masalah dia.Dan mesti ada sesiapa yang dipercayai untuk mendengar masalahnya itu.Jika tidak,dia akan rasa bersendirian.Dan sangatlah berisiko jika perempuan berasa dia bersendiri.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Pada mulanya,dia akan lawan balik.
Samada dia jadi sangat sangat garang,tinggi suara,menjerit,tengking,baran,kasar dan perbuatan keras yang lain.

Di level ni,dia mampu lagi bagitahu dia sedang stress atau sangat letih,dia perlukan bantuan,dia nak rehat,dia nak mengadu.

Masa ni kita boleh tackle lagi masalah dia.Semudah dengan hanya perlu mendengar.Biasanya bila dia habis luah,dia sudah pun rasa selesai dah walaupun masalah itu sebenarnya tak juga selesai pun.

Tapi,bila masalah itu tak didengari, lama kelamaan dia tidak ada lagi respon. Marah ke,sedih ke,suka ke,tak suka ke,sakit hati ke, hati dia mulai kering. Rumah bersepah,baju tak basuh,anak menangis,anak mengamuk,anak bergaduh,dia akan biarkan.

Dia berubah menjadi orang lain.Yang perubahannya kita boleh rasa dan juga nampak.Dia bukan diri dia yang kita kenal sebelum ini.

Bila dah nampak tanda-tanda sebegini, ada yang akan pulih dengan sendiri dari masa ke semasa dengan susah payahnya. Ada juga yang perlu mendapatkan bantuan oleh orang lain.

Kalau dari mula kahwin, isteri suka marah-marah,baran,suka mengamuk,atau hantuk kepala ke dinding sesuka hati, saya jamin tiada lelaki mahu ambil dia jadi isteri.

Tapi,masa dan tekanan mampu mengubah seseorang. Walaupun tekanan takkan sampai menyebabkan ibu ini bertindak sedemikian, tapi boleh jadi tindakan ini dicetuskan oleh sesuatu seumpamanya yang mendorong kepada gangguan jiwa dan mental yang lebih serius lagi.

Jadi,bukan sengaja isteri itu membebel.Dia nak lepaskan stressnya itu.Redhalah dan tahan telinga anda.Dan kita sebagai kawan,kalau ada sahabat mahu bercerita tentang masalah dia,jangan anggap dia lemah,tak beriman,tak beramal ibadah,tak ingat Tuhan.

Dengar….
Sekurang-kurangnya,kita tahu dia masih lagi stabil,normal dan waras.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×