in

Baik Bernikah Je Zul, Intan – PU Syed

“ADAKAH terlalu murah perintah Allah dan larangan Allah sehingga kalian berani melanggarnya?”

Begitulah kata Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak menerusi teguran terbuka di laman Instagramnya sendiri kepada pelakon utama drama Setelah Ku Dimiliki iaitu Intan Najuwa dan Zul Ariffin berikutan gambar aksi mesra yang tular baru-baru ini.

Menerusi perkongsian itu juga, PU Syed mencadangkan agar kedua-dua pelakon itu berkahwin saja.

“Sebaiknya, kalian bernikah sahaja dan sudah pasti boleh lakukan apa sahaja secara halal namun tetap ada batasannya.

“Sebagai seorang Muslim, syarak ada menetapkan terdapat perkara yang halal dan haram. Apatah lagi kita selalu mengatakan takut dihumban ke api neraka dan ingin masuk ke syurga namun kita lakukan sebaliknya seolah-olah teringin ke neraka,” tulisnya.

PU Syed turut menyarankan supaya Menteri Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat garis panduan buat selebriti Malaysia bagi membendung gaya hidup negatif.

“Saya rasa pihak berwajib perlu mengubal undang-undang khas supaya dapat mencegah artis yang menunjukkan gaya kehidupan negatif supaya mereka kembali kepada landasan yang sebenar.

“Tersebarnya gambar kalian berdua berpelukan seperti suami isteri yang sah di dalam air. Walaubagaimanapun, saya tidak mahu kongsikan kerana ia sangat tidak senonoh walau apa jua alasan,” tulisnya.

Semalam, Harian Metro melaporkan kenyataan daripada pengarah Osman Ali serta penolong pengarah, Jai Nadxaman yang menegaskan bahawa aksi mesra dalam foto berkenaan bukan babak dalam drama.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pelajar Tahfiz Maut Dipukul

Aaron-Wooi Yik ‘cantas’ Juara Dunia