Bantuan Am Tunai RM350 Setiap Bulan Dikreditkan Kepada Kategori Yang Layak. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Bantuan AM RM350
Bantuan Am Persekutuan ini diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti
Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan: Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
Syarat Kelayakan
- arganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
- PGK purata miskin Per Kapita Semasa
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan am ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat (di Wilayah Persekutuan) terdekat.
ketika mengemukakan permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak:
- Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Labuan
- Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini,sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Bantuan Tunai Budi Sehingga RM2000 Disalurkan ‘One – Off’ Untuk B40 & M40
- Bantuan Sara Hidup Bulanan RM250 Bagi Seisi Keluaraga – Semak Cara Mohon Disini
- Berikut Senarai Penuh Penerima Yang Layak Bantuan STR Fasa 4 – Semak Disini
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021