• Keluarga
  • Portal
  • bantuan kerajaan
  • jawatan kosong
  • Gosip Artis Malaysia
Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result

Tarikh Rasmi Bayaran Bantuan Awal Persekolahan

Umairah by Umairah
January 17, 2022
in bantuan kerajaan
0
Tarikh Rasmi Bayaran Bantuan Awal Persekolahan

Untuk pengetahuan anda, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bagi tujuan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid tahun 1 hingga tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Sebelum ini, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diberikan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar yang layak. Namun bagi tahun 2022, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan kadar Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM150.

Sila ikuti perkongsian di bawah ini untuk ketahui maklumat lanjut berkaitan dengan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) oleh KPM.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid-murid:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

 

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)

KPM telah menerima peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2022 sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2022.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  • Pemberian BAP bagi sesi persekolahan 2022/2023 kepada murid akan mula diagihkan pada 17 Januari 2022.
  • Bayaran akan diberikan pada awal tahun 2022 kepada murid yang layak.  Agihan ini dibuat lebih awal bagi membolehkan persiapan untuk anak-anak dapat dibuat sebelum sesi persekolahan baharu bermula.

CARA MEMOHON

Untuk pengetahuan anda, semua pelajar sekolah yang berkelayakan tidak perlu lagi melakukan permohonan secara individu untuk mendapatkan Bantuan Awal Pendidikan (BAP) bernilai RM150. Pihak sekolah akan mengeluarkan dan memaparkan senarai nama murid yang layak dan akan memberikan makluman berkenaan pemberian bantuan ini kepada mereka.

Namun, bagi mereka yang belum pernah mendapatkan bantuan ini, anda boleh isi dan lengkapkan segala borang permohonan di bawah ini untuk dikemukakan semula kepada pihak sekolah:

  • Borang Permohonan – klik DI SINI
  • Borang Pengesahan Pendapatan – klik DI SINI

Cara Mohon : Cara Tebus E-Wallet Sebanyak RM 150 Tahun 2022

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

Mohon juga : Bantuan Golongan Bujang RM 600 Yang Boleh Anda Mohon

Previous Post

Cara Tebus E-Wallet Sebanyak RM 150 Tahun 2022

Next Post

Cara Mohon Bantuan Barangan Elektrik Tahun 2022

Umairah

Umairah

Berpengalaman dalam dunia blogging dan penulisan info-info bantuan kerajaan terkini.Suka menulis artikel yang mendalam supaya memudahkan pembaca untuk mendapatkan info lengkap di Motif.My.

Next Post
Cara Mohon Bantuan Barangan Elektrik Tahun 2022

Cara Mohon Bantuan Barangan Elektrik Tahun 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Jawatan Kosong Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
  • JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR & PENOLONG GURU TABIKA KPN. GAJI RM1,500-RM1,700
  • Tatacara Tebus RM100 eMadani Bermula Isnin ini
  • Jawatan Kosong Kerani Seluruh Malaysia
  • Tambahan RM200 Buat Golongan Bujang – Semua Golongan
No Result
View All Result

Artikel Paling Hot

  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Term Of Use

© 2023 Motif Media

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Term Of Use

© 2023 Motif Media

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×