Bantuan BMT RM 300 Bulan Hadapan – Mohon Sini!

Bantuan BMT RM 300 Bulan Hadapan – Mohon Sini!. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Salah satunya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dari RISDA sebanyak RM300 yang dibayar dua fasa (RM600 jumlah keseluruhan) kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT:-

Syarat-syarat Kelayakan

BMT adalah bantuan kewangan kepada pekebun kecil / penoreh getah sebagai usaha bagi meringankan beban mereka ketika musim tengkujuh. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan BMT:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

Semak Kelulusan

Untuk makluman, pembayaran BMT akan dilaksanakan pada bulan November dan Disember 2022 dengan kadar RM300 setiap bulan.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Pembayaran itu nanti akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Berkenaan dengan semakan kelulusan BMT, ia boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem BMT RISDA.

Maklumat lengkap berkenaan BMT boleh dirujuk DI SINI dan semakan boleh dilihat DI SINI.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×