Permohonan Bantuan BMT RM800 – Mohon Sekarang!

Bantuan BMT RM800. Dalam usaha Kerajaan membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya ialah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) daripada RISDA.

Berikut adalah maklumat tentang BMT.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada pekebun kecil/penoreh getah sebagai usaha mengurangkan beban mereka semasa musim tengkujuh.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan ialah rm800 berbanding rm600 sebelum ini sahaja. Bantuan ini akan dibayar sebanyak rm200 sebulan untuk tempoh 4 bulan.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Syarat Kelayakan Bantuan

Berikut syarat-syarat Kelayakan BMT:

Pekebun Kecil RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil (usahawan) berdaftar dengan Risda
  • Keluasan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot sahaja untuk seorang penerima

Penoreh Bukan Pemilik

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik berdaftar dengan risda
  • Menoreh lot seluas 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik sah tanah
  • 1 lot sahaja untuk seorang penerima
  • Mempunyai kad permit kuasa getah (pat-g) yang sah.

Semakan Kelulusan BMT

Pembayaran akan dibuat secara electronic fund transfer (eft) ke akaun bank yang masih aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.

Semakan kelayakan boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem BMT Risda

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×