Bantuan BMT Telah Dikreditkan. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Bantuan BMT RM800
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah inisiatif Kerajaan bertujuan untuk meringankan/mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan* semasa musim tengkujuh
Semua penyaluran BMT akan dibayar secara pemindahan dana elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus ke akaun penerima yang layak oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Untuk tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah ditingkatkan daripada RM 600 kepada RM 800 dan daripada dua bulan kepada empat bulan iaitu pada bulan November 2023 (RM200), Disember 2023 (RM200), Januari 2024 (RM200) dan Februari 2024 (RM200)
Syarat Kelayakan
Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi bantuan musim tengkujuh RM800 adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Terbuka kepada golongan pekebun kecil atau penoreh yang berdaftar dengan RISDA
- Satu lot hanya untuk 1 penerima sahaja
- Mempunyai jumlah keluasan tanah antara 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
Nota : Semua pembayaran saluran BT 2023 dikreditkan secara pemindahan dana elektronik (EFT) ke dalam akaun penerima yang layak. Program insentif khas ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Cara Memohon
- Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 sudah bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023
- Permohonan boleh dibuat melalui Portal Pekebun Kecil RISDA
- Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan
- Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari – DI SINI
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Bantuan BLP RM200 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia – Mohon Disini
- Bantuan Lesen e-Hailing, Teksi & Bas Percuma Untuk Golongan B40 – Mohon Sekarang!
- Kini Dibuka Pemohonan RAYUAN Sumbangan Tunai Rahmah Berstatus “TIDAK LULUS”
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021