Bantuan Duit Raya 2022 : RM 500 Untuk Penjawat Awam Dan RM 250 Untuk Pesara

PUTRAJAYA – Bantuan Duit Raya 2022  [DIKEMAS KINI] Penjawat awam gred 56 dan ke bawah menikmati durian runtuh apabila kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan tersebut turut dinikmati oleh kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan, contract for service, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan, katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, pembayaran tersebut akan dibuat pada 25 April ini bersekali dengan pembayaran gaji.

Ramai yang dah dapat bantuan dalam Group ni.
Jom Join Group Whatsapp Bantuan Kerajaan!
Klik Sini

Bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara, katanya.

Beliau berkata, pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal sebagai salah satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, katanya.

Sumber: sinarharian

Mohon juga : Bantuan RM 700 Yang Anda Akan Terima Secara Automatik Bulan Mac

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

Mohon juga : Bantuan Keluarga Malaysia Bujang Akan Dikreditkan Minggu ini?

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×