Cara Mohon Bantuan E-Wallet RM 300 Setiap Bulan. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri.
Salah satunya melalui bantuan kehidupan sejahtera sejahtera (bingkas) yang melibatkan pemberian e-dompet sebanyak rm300 setiap bulan kepada isi rumah yang layak. malah, kerajaan negeri selangor telah bersetuju untuk meneruskannya pada tahun hadapan di bawah bajet selangor 2023.
“program bingkas akan diteruskan pada 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak rm 108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak,” kata menteri besar selangor, datuk seri amirudin shari, ketika membentangkan belanjawan selangor 2023.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan e-Wallet ini: –
Syarat Kelayakan :
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.
Bantuan e-dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). jumlah e-dompet kemudiannya akan ditambah ke paras rm300 setiap bulan secara automatik.
Cara Memohon :
bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bingkas boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran bingkas.
pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja);
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
Untuk maklumat lengkap tentang BINGKAS, ia boleh dirujuk di Portal Rasminya DI SINI dan pendaftaran secara atas talian boleh dikemukakan DI SINI.
Mohon juga :
- RASMI : Senarai Penerima Bantuan Tunai RM 300
- Pengeluaran Khas KWSP Kini Boleh Dikeluarkan – Secara Bersasar
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021