Bantuan Geran RM3000. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan khas telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya melalui TUNS 2023 (Tabung Pembangunan Usahawanan Negeri Sembilan) yang mana permohonannya telah dibuka sejak 16 januari 2023.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan TUNS 2023.
TUNS 2023
TUNS merupakan bantuan pembiayaan dalam bentuk geran berjumlah rm3,000 yang disasarkan kepada penjaja dan peniaga kecil di Negeri Sembilan. Objektif utama penubuhan tuns adalah supaya lebih ramai usahawan dalam skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini.
Selain itu, bantuan ini juga diharap dapat menambah baik perniagaan sedia ada untuk usahawan melonjak ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Tuns juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Menerusi bajet negeri sembilan 2023 yang bertemakan ‘melaksanakan janji membawa harapan’, kerajaan negeri sembilan bersetuju meneruskan inisiatif tuns untuk tahun kelima tahun ini dengan peruntukan rm3 juta.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysla & anak Negeri Sembilan/ pengundi di Negeri Sembilan;
- Pendaftaran perniagaan di SSM sebelum 1 Oktober 2022;
- Penjaja atau peniaga kecil yang mencatatkan Jualan kurang daripada RM100,000 setahun;
- Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan;
- Tidak berstatus muflis;
- Tidak pernah menerima TUNS
Cara Memohon
- Minuman dan makanan;
- Bakeri, pastri dan kuih-muih;
- Khidmat jahitan;
- Pertanian/penternakan/perikanan;
- Salon kecantikan dan gunting rambut;
- Kraf tangan dan cenderamata;
- Peruncitan;
- Fotografi; dan
- Lain-lain perkhidmatan (selain insurans, institusi kewangan dan pembekalan tenaga kerja).
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan geran ini hendaklah dibuat secara dalam talian di portal rasmi TUNS dan lampirkan dokumen sokongan yang ditetapkan.
Untuk maklumat lengkap berkenaan geran kewangan ini, anda boleh rujuk di Portal Rasminya Disini
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Bantuan RM300 BINGKAS Untuk Isi Rumah B40
- Cara Semakan eGumis Wang Yang Tak Dituntut
- Terkini: Bantuan Kewangan RM700 Tanpa Perlu Permohonan – Claim Sekarang
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021