Bantuan Ibu Bersalin Malaysia RM 450 – Mohon Sekarang

Bantuan Ibu Bersalin Malaysia RM 450 – Mohon Sekarang. Ramai yang tidak mengetahui Bantuan Ibu Bersalin (BIB) masih lagi diteruskan bagi tahun 2022 untuk pemohon yang layak.

Anda boleh mendapatkan borang permohonan Bantuan Ibu Bersalin ini dengan cara memuat turun secara online melalui laman sesawang Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).

Berikut merupakan info lanjut berkenaan Bantuan Ibu Bersalin, syarat-syarat dan cara membuat permohonan.

Apakah Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

Dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019, YAB Ketua Menteri Sarawak  telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2021.

Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini.

Ramai yang dah dapat bantuan dalam Group ni.
Jom Join Group Whatsapp Bantuan Kerajaan!
Klik Sini

Syarat Permohonan

1) Warganegara Malaysia.

2) Ibu yang memegang Kad Pengenalan Sarawak iaitu berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection).

3) Melahirkan anak di dalam atau luar Sarawak.

4) Apabila kandungan mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin, pendaftaran boleh dibuat.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Dokumen Diperlukan

Setiap permohonan wajib dilengkapi dengan dokumen seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan Ibu
  2. Salinan kad pengenalan pasangan atau penjaga
  3. Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus ‘K’
  4. Salinan buku rekod kesihatan ibu
  5. Salinan buku akaun/penyata akaun
  6. Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi

Cara Memohon Bantuan Bersalin Ibu (BIB) 2021

Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

  1. Online melalui pautan ini http://bit.do/permohonanbib atau
  2. Manual melalui Borang Permohonan

Borang Permohonan boleh didapati melalui kaedah berikut:

  • Boleh dimuat turun di pautan http://bit.do/borangbib
  • Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak KWKPK (Kuching sahaja)

Kaedah Penghantaran Borang

Anda boleh menghantar borang permohonan dengan cara berikut:

  1. Boleh diserahkan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Kuching sahaja)

Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi pihak KWKPK melalui

Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin

KLIK DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB).

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

Baca juga : Cara Membuat Rayuan BKM 2022

Mohon juga : Bantuan Suri Rumah Dan Ibu Tunggal RM 480 B40

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×