Bantuan Kerjaya Gig Ekonomi merupakan bantuan RM600 Sebulan untuk GrabCar, FoodPanda, Grabfood, Lalamove, Bungkusit atau sebagai freelancer di Malaysia bagi tahun 2021Apa yang kita boleh lihat, pada musim kawalan pergerakan ini. Rakyat Malaysia banyak membeli makanan secara atas talian / food delivery di Malaysia sejak dari era pandemik sehingga pasca pandemik.
Ini kerana rakyat Malaysia sudah mula terbiasa untuk norma baru apabila hanya menunggu makanan yang diinginkan dari rumah atau dari pejabat masing-masing.Dalam pada masa yang sama, rakyat Malaysia mula merasakan kepentingan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan tambahan sesuai dengan re kepesatan teknologi hari ini.
Berita baiknya permintaan melebihi daripada penawaran. Permintaan makanan secara online / food delivery di Malaysia terus melonjak dari hari ke hari walaupun PKP telah pun ditamatkan. Begitu servis penghantaran barang. Atas permintaan yang semakin melonjak ini, Kerajaan dengan kerjasama PERKESO bersetuju untuk membuat program terbaru iaitu Program Bantuan Kerjaya Gig Ekonomi Malaysia.
Bantuan Kerjaya Gig:
Program Kerjaya Gig di bawah PenjanaKerjaya ini dikhaskan kepada pekerja yang bekerja sendiri yang menjalankan aktiviti pekerjaan melalui platform aplikasi digital untuk mendapatkan upah & komisyen.
Dalam insentif Kerjaya Gig ini, pemohon boleh dapatkan bantuan sebanyak RM600. Khas bagi invidu yang ditawarkan pekerjaan sementara/ gig sehingga 6 bulan.
Cara Mohon Bantuan Ini:
Bagaimana cara untuk mohon bantuan kerjaya gig ini? Boleh ikut panduan yang kami kongsikan seperti di bawah ini:
- Anda mestilah sudah register dan daftar akaun di portal rasmi myfuturejobs di link pautan ini, www.myfuturejobs.gov.my
- Di portal tersebut, anda perlu cari syarikat / operator yang ada menawarkan kerjaya gig ekonomi / kerja sendiri kepada ada dan dalam pada masa yang sama operator / syarikat tersebut sudah pun register dan daftar dengan pihak PERKESO
- Antara contoh kerja sendiri atau kerjaya gig ekonomi di Malaysia yang boleh anda mohon, seperti yang pernah kami kongsikan di atas ini adalah seperti grabfood rider, foodpanda rider, lalamove, bungkusit dan lain-lain
- Anda perlu pastikan jika anda diterima bekerja sendiri di bawah operator tersebut, operator itu mesti daftarkan diri anda dalam portal di penjanakerjaya.perkeso.gov.my untuk memboleh akan anda claim bantuan kerjayagig
- Jika permohonan yang telah dihantar oleh operator tersebut telah lulus, anda akan dapat maklumat akses ke di penjanakerjaya.perkeso.gov.my melalui emel yang akan dihantar kepada anda
- Pastikan anda update dan kemaskini profil anda di di penjanakerjaya.perkeso.gov.my
- Anda diingatkan supaya kemaskini aktiviti anda pada setiap bulan bagi melayakkan anda untuk claim dan tuntut bantuan untuk bulan yang seterusnya
Untuk maklumat dan info lebih lanjut boleh rujuk di sini —> KLIK SINI
Bukti Pembayaran:
Di bawah ini salah satu contoh pembayaran bantuan kerjayagig ekonomi malaysia untuk bulan November 2021. Tahniah penerima yang sudah terima duit bantuan ini. Nantikan pula untuk bayaran bulan Disember 2021.
Syarat Kelayakan Bantuan KerjayaGig:
- Anda ada daftar dengan perkeso tetapi sudah mengalami masalah kehilangan kerja dan pendapatan sekarang ini
- Anda ada daftar dengan perkeso tetapi diberikan notis vuti tanpa gaji
- Anda fresh graduate / kalangan individu yang tiada kerja selama tempoh lebih 180 hari (3 bulan)
- Umur anda mestilah 18 tahun dan ke atas dan tidak lebih 60 tahun
- Kalangan ibu tunggal, galangan B40, kumpulan OKU digalakkan untuk mohon sama
- Suri rumah pun boleh mohon bantuan dengan syarat anda tak kerja selama tempoh 180 hari
Soalan Lazim & FAQ:
1) Bila tarikh akhir dan tarikh tutup permohonan bantuan kerjaya gig?
Pastikan anda hantar sebelum 31 Disember 2021 ini
2) Jika diluluskan, berapa jumlah bantuan saya terima untuk skim kerjaya gig ekonomi ini?
Diberikan RM600 sebulan selama 6 bulan berturut-turut
Semoga dengan bantuan kerjaya gig ekonomi Malaysia berjumlah RM600 sebulan ini memberikan peluang kepada anda untuk menjana pendapatan setelah sukar mendapat peluang sebelum ini.
Mohon Juga : Cara Tebus E-Wallet RM 150 Secara One Off
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021