Bantuan Kewangan RM300 Telah Disalurkan Secara ‘One-Off’. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Bantuan Kewangan RM300
Pada bulan Ogos 2023, pihak Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 dan RM200 kepada yang layak.
Tidak lama selepas itu, Kerajaan Negeri Kelantan juga telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan dengan kadar RM300.
Bantuan khas ini diberikan kepada para Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Negeri Kelantan 2023.
Secara lebih teliti, mereka yang layak adalah para Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana Gred 56 serta ke bawah.
Bantuan ini turut diberikan kepada mereka pegawai-pegawai lantikan politik dan kontrak MySTEP.
Malah, ahli-ahli majlis, penghulu halaqat, penyelaras teknologi komunikasi dan makmumat (ICT) Dewan Undangan Negeri (DUN), guru pondok, guru al-Quran dan guru jahitan juga layak menerima bayaran bantuan khas tersebut.
Ia diperkenalkan sebagai penghargaan atas komitmen mereka sepanjang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri.
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan maklumat daripada Pekeliling Perkhidmatan Negeri Bilangan 10 Tahun 2023 (Kerajaan Negeri Kelantan), pembayaran bantuan khas ini dibuat pada 22 September 2023.
Selain itu, kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.
Bagi info yang lebih teliti mengenai tentang bantuan ini, sila lihat – DI SINI
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Bantuan Am Tunai RM350 Setiap Bulan Dikreditkan Kepada Kategori Yang Layak
- Bantuan Tunai Budi Sehingga RM2000 Disalurkan ‘One – Off’ Untuk B40 & M40
- Bantuan Sara Hidup Bulanan RM250 Bagi Seisi Keluaraga – Semak Cara Mohon Disini
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021