Senarai Penerima Yang Layak Bantuan Khas Kewangan RM350 & RM700. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Bantuan khas Aidilfitri diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Untuk makluman, dalam ucapan bajet pada 24 Februari 2023, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif baharu untuk rakyat.
Senarai Penerima Yang Layak Bantuan Kewangan RM350 & RM700
Menerusi pembentangan Belanjawan 2023 lalu, Kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak selain RM350 juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan.
Menurut Menteri Kewangan, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.
Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam adalah bantuan Hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.
Pemberian insentif khas ini adalah atas dasar keprihatinan kerajaan dan manfaat yang diterima boleh membantu persiapan untuk menyambut musim perayaan aidilfitri tahun ini.
Kadar Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Dibawah telah disediakan kadar jumlah bantuan yang akan diterima mengikut kategori bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri:
- Bayaran bantuan bernilai RM700 untuk para penjawat awam Gred 56 dan kebawah termasuk lantikan kontrak
- Bayaran bantuan bernilai RM350 untuk para pesara kerajaan.
Tarikh Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada bulan April 2023. (dijangka sebelum raya Aidilfitri). Sama-sama kita nantikan dan kami akan memberi info dari semasa ke semasa.
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Ingin Menjadi Rider? Daftar Sebagai Shopee Food Rider Malaysia Disini Sekarang!
- Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Untuk Semua Isi Rumah
- Kategori Yang Menerima Bayaran Bantuan STR RM3100 – Semak Sekarang!
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021