Bantuan Orang Tua – Permohonan Bantuan RM500 Sebulan

Bantuan Orang Tua merupakan salah satu bantuan inisiatif daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

Selain bantuan ini, turut disediakan bantuan Kanak-kanak, Bantuan OKU dan banyak lagi. Portal Malaysia akan kongsikan kepada pembaca mengenai Bantuan JKM ini..

Bantuan Orang Tua (Bot) Online

Bantuan Orang Tua ini diwujudkan untuk membantu orang tua Malaysia dalam meneruskan kelangsungan kehidupan di dalam komuniti & memudahkan urusan serta meringankan beban.

Kadar Bantuan

Kerajaan telah memberikan kadar bantuan sebanyak RM500 sebulan untuk seorang. Tertakluk kepada terma dan syarat kelayakan.

Syarat Bantuan Orang Tua 2021

Berikut adalah kriteria-kriteria dan syarat-syarat kelayakan khusus untuk bantuan ini :

  • Warganegara yang tinggal di Malaysia,
  • Orang tua yang berusia 60 tahun ke atas,
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan)
  • Orang tua yang bukan tinggal di institusi JKM atau pusat jagaan harian.
  • Atau mana-mana kes khusu yang layak dipertimbangkan.

Cara Permohonan BOT (Bantuan Orang Tua)

Untuk memohon inisiatif ini, pemohon diminta untuk membawa dokumen-dokumen sokongan beserta dengan Borang Permohonan dan hadir ke Pejabata Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di setiap negeri yang berdekatan.

Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan :

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Dokumen lain yang berkaitan

Borang Permohonan Bantuan Orang Tua 2021

Sila muat turun (download) borang permohonan di bawah untuk diisi dan dibawa ke pejabat permohonan.

Untuk melihat senarai Pejabat JKM Negeri yang berdekatan, anda boleh klik di pautan berikut : Klik Sini

FAQ & Soalan Lazim

Berapakah bantuan yang akan dapat untuk Bantuan Orang Tua (BOT) ini?

Kadar bantuan adalah RM500 sebulan seorang.

Layakkah saya memohon jika pendapatan saya RM2000 sebulan?

Syarat kelayakan untuk bantuan ini, pendapatan pemohon perlu tidak melebihi PGK (Pedapatan Garis Kemiskinan).

Boleh mohon secara online tak?

Anda perlu bawa borang permohonan & dokumen-dokumen sokongan ke Pejabat JKM berdekatan.

Info Lanjut

Ada pertanyaan dan masalah tentang bantuan ini? Sila hubungi JKM di talian berikut :

Telefon : 03-8000 8000
Faks : 03-8323 2045

Sumber : JKM

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih